PADA malam Aidiladha lalu, saya berbicara panjang lebar menerusi aplikasi Zoom dengan Dr Masliza Mahmod, 48, anak Malaysia kedua yang dilantik sebagai Profesor Madya di Jabatan Perubatan Radcliffe, Universiti Oxford, United Kingdom (UK).

Sebelum itu, pada tahun 2016, Dr Phaik Yeong Cheah diiktiraf menjadi Profesor Madya di Jabatan Bioetika dan Perhubungan di universiti sama.

Kredibiliti intelektual Dr Masliza memang tidak diragukan. Bait-bait yang dibutirkan oleh seorang genius seolah-olah menata hati saya untuk kembali menuntut ilmu di menara gading.

Bagi saya, kata pengantar dan isi perbualan lebih kurang dua jam lamanya dengan beliau, sangat bermakna, bermanfaat dan tersendiri. Mengapa?

Iklan

dr masliza

Iklan

Ikuti perkongsian lanjut beliau dengan melayari E PAPER SINAR PLUS   terbitan Sinar Harian secara digital pada setiap minggu.