DUA dekad ‘menghembus nafas’ sebagai anak seni, Nana Mahazan kali ini melakukan anjakan dalam kehidupannya untuk menjadi individu yang lebih baik.

Mula mengenakan hijab sekitar Ogos lalu, pemilik nama lengkap Nurul Hana Che Mahazan mengakui dirinya sedang melalui fasa transisi paling indah.

Justeru, pengacara jelita itu mengharapkan taburan doa yang baik-baik daripada seluruh peminatnya. Katanya, beliau mahu terus kekal istiqamah!

Selain berkongsi ceritera tentang penghijrahannya, Nana juga bercerita tentang keazaman dan kesungguhan beliau dalam meluaskan empayar perniagaan agar dapat membantu mereka yang memerlukan.

Dalam pada itu, ada juga juga cerita mengenai ‘cinta pandang pertama’ yang telah mencuri hati wanita jelita itu, sekali gus mengubah plot kehidupannya. Apakah maksudnya itu?

Iklan

Ingin tahu apa lagi yang diceritakan beliau, ikuti temu bual SinarPlus bersama Nana Mahazan menerusi sisipan SinarPlus dalam akhbar Sinar Ahad hari ini.

Pada masa sama, pelbagai kisah masyarakat, kesihatan dan gaya hidup turut disajikan antaranya Waktu terbaik nikmati kopi, Nasi Tupe Cik Tipah jadi buruan dan Datuk Nora Ariffin semakin bahagia.

Iklan