JIKA dihitung tahun ini merupakan Ramadan kedua penyanyi muda berbakat besar, Aina Abdul bakal menjalani ibadah puasa tanpa ibu tercinta, Zaini Abdullah, 66, di sisi. Kekangan itu bukan disebabkan kepadatan jadual kerja, sebaliknya mematuhi perintah kerajaan yang masih tidak membenarkan aktiviti merentas negeri.

Biarpun akur dengan arahan berkenaan yang bertujuan mengekang penularan virus Covid-19, namun jauh di sudut hati pemilik nama sebenar Nurul Aina Abdul Ghani menyimpan kerinduan yang menebal kepada bondanya yang menetap di Seremban, Negeri Sembilan.

“Barangkali, situasi saya sama seperti insan lain. Rindu terhadap orang tua di kampung khususnya bulan Ramadan bagi seorang anak perantau sentiasa menerpa, walaupun ini bukan kali pertama bersahur dan berpuasa tanpa ibu.”

Ikuti perkongsian lanjut beliau dengan melayari E PAPER SINARPLUS terbitan Sinar Harian pada minggu ini.

Iklan

Pada masa sama, pelbagai kisah masyarakat, kesihatan dan gaya hidup turut disajikan antaranya Ruang Tamu Idaman, Pilihan Destinasi Berbuka Puasa dan Anak Teringin Makan KFC.

Iklan