SINAR PLUS 14 MAC 2021

A
A
A

ESOK genap lapan tahun, Nurhidayah Suhaimi kehilangan ibu tersayang, Sarimah Salleh dan bapa tiri, Zainol Romli. Pemergian kedua orang tuanya itu berlaku dalam keadaan tragis tatkala mereka sekeluarga sedang menuju ke kampung halaman di Kulim, Kedah.

“Tragedi pahit itu umpama mimpi ngeri yang kekal terperangkap dalam kotak memori. Arwah abah meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala ibu pula ketika dalam perjalanan ke Hospital Tapah.

“Paling memeritkan, saya yang menaiki ambulans bersama ibu menyaksikan sendiri arwah dalam keadaan nyawa-nyawa ikan akibat kecederaan parah dialami. Namun begitu, malangnya saya tidak dapat berbuat apa-apa sehinggalah ibu menghembuskan nafas terakhir di depan mata,“ imbasnya mesra disapa Yaya yang tercampak keluar dari kenderaan.

Nurhidayah Suhaimi

Tangan kanannya patah dan memerlukan kerangka besi dipasang di dalam tulang buat seumur hidup. Bertambah parah, limpanya terpaksa dibuang kerana rosak dan menerima 17 jahitan pada kepala kiri.

Ikuti perkongsian lanjut beliau dengan melayari E PAPER SINARPLUS terbitan Sinar Harian pada minggu ini.

Pada masa sama, pelbagai kisah masyarakat, kesihatan dan gaya hidup turut disajikan antaranya Indikasi Penyakit Buah Pinggang Kronik, Bersama Ringankan Derita Adik Adam dan Ayam Goreng Thor Memang Mantap!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca