SINAR PLUS 21 NOVEMBER 2021
SIAPA yang tidak kenal dengan lelaki berusia 34 tahun yang cukup dikenali dengan nama 'manja' Black. Sudah lebih sedekad dalam industri seni, langkah Black atau Hanifah Hanafiah cukup membanggakan.
Sempena meraikan Hari Lelaki Sedunia, Black bercerita secara eksklusif kepada kami tentang peri pentingnya menjaga kesihatan lebih-lebih memegang peranan sebagai ketua keluarga.
Sebagai bapa kepada dua cahaya mata, beliau juga berkongsi nilai-nilai dan tanggungjawab yang perlu ada dalam diri seorang lelaki.
Nampaknya, selepas larangan merentas negeri dimansuhkan, penyanyi bersuara lunak itu kembali menghabiskan waktu dengan sukan lasak yang menjadi kegemarannya sejak dulu.
Anak sulungnya yang juga terkenal dalam kalangan peminat, Khaleef Dayyan atau dipanggil Dayyan dilihat turut jatuh cinta dengan aktiviti yang dilakukan bapanya. Namun, adakah Black memberi keizinan sementelah sukan berkenaan dilihat agak ekstrem?
Pada masa sama, pelbagai kisah masyarakat, kesihatan dan gaya hidup turut disajikan antaranya Benarkah lelaki juga menopaus?, Resipi kepak ayam guna kordial sarsi dan Hotel bajet layanan 5 bintang.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang