SINAR PLUS 26 SEPTEMBER 2021
MILIKI AURA TERSENDIRI. Itu rumusan penulis sebaik bertentang empat mata dengan Ketua Pegawai Eksekutif, UiTM Private Specialist Centre (UPSC), Wan Nazifah Wan Abdullah di Studio Sinar Karangkraf, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Wanita berusia 49 tahun itu sentiasa membutirkan setiap kata dengan penuh semangat dan penegasan ketika diwawancara.
Selaku wanita pertama yang dilantik menggalas jawatan CEO, beliau beriltizam untuk memacu dan mengangkat martabat UPSC menjadi salah sebuah sebuah institusi kesihatan pada mata dunia.
Bukan itu sahaja, dalam temu bual tersebut, Wan Nazifah menyeru agar wanita di luar sana tidak terus berada di zon selesa, sebaliknya keluar dari kepompong itu bagi terus menggali prestasi diri.
Anak kelahiran Kelantan itu juga menolak stigma negatif yang kononnya wanita hanya sesuai duduk di rumah sahaja.
Banyak lagi intipati menarik yang dibicarakannya. Ingin ketahui lebih lanjut, dapatkan akhbar Sinar Ahad menerusi sisipan SinarPlus pada minggu ini.
Pada masa sama, pelbagai kisah masyarakat, kesihatan dan gaya hidup turut disajikan antaranya Siap Sedia Untuk Berlibur, Kuih Chang Versi Halal dan Laksa Lemak Thai Siti Hawa Laris.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang