SEBUT sahaja nama Tyra Kamaruzzaman, boleh dikatakan seantero ‘dunia maya’ mengenali sosok jelita yang juga pengasas kosmetik BeauTyra. Memiliki pesona yang jelita, Tyra sudah mampu membina empayar sendiri sekali gus meluaskan pengaruhnya.

Setiap anak muda terutama kaum Hawa pasti mengetahui produk kosmetik beliau yang mencakupi keperluan wanita untuk tampil lebih jelita dan yakin. Begitu juga dengan Tyra yang menaruh keyakinan untuk meluaskan cabang perniagaannya lima tahun dari sekarang.

Meskipun terlalu awal untuk membuat sebarang telahan, apa yang pasti Tyra sememangnya meminati bidang perniagaan dan ingin terus menghela nafas dalam lapangan itu. Biarpun sedar wujudnya pelbagai cabaran, Tyra tetap optimis dengan keputusannya.

Selain rancak bercakap tentang obsesinya membina ‘kerajaannya’ sendiri, gadis penuh classy yang juga dianggap sebagai ‘ratu kacantikan’ memiliki cara tersendiri untuk lari dari dunia alam maya.

Namun, disebabkan auranya yang luar biasa, kerakusan ‘makhluk’ di platfrom digital sesekali membuatkan dirinya lebih senang sendiri. Apa sebenarnya yang dilakukan beliau tatkata berdepan dengan situasi sebegitu?

Iklan

Dari sisi lain, ada apa dengan cinta Tyra? Adakah wanita berusia 22 tahun bernama Athirah Kamaruzzaman itu sudah mempersiapkan diri melangkah ke gerbang perkahwinan?

Ingin tahu selanjutnya cerita mengenai personaliti anggun tersebut, dapatkan akhbar Sinar Ahad menerusi sisipan SinarPlus hari ini.

Iklan

Pada masa sama, pelbagai kisah masyarakat, kesihatan dan gaya hidup turut disajikan antaranya Strok ibu hamil lebih bahaya, Kunang-kunang heritage suntik aura desa dan Tiada harapan pulih, Hani tetap reda.