SINAR PLUS 13 MAC 2022
SEGELINTIR mungkin tidak mengenali atau ada antaranya yang sudah melupakan beliau. Biarpun apa situasi, Amira Syahida Mohd Husin tetap optimis untuk membina kerjaya dalam bidang seni suara selepas menyertai rancangan realiti nyanyian, O Lala.
Selepas meletakkan noktah pada tahun 2009, Amira memilih untuk meneruskan hala tuju kehidupan dengan menumpahkan sepenuh tumpuan kepada pelajaran, sementelah ketika itu umurnya baru mencecah 11 tahun.
Masa yang ligat berputar kini menyaksikannya bergelar sebagai pemuzik bebas yang mencari rezeki dengan bermain biola, di samping menjadi penyanyi sambilan dalam majlis keraian rasmi mahupun tertutup.
Pernah beberapa kali beliau berusaha untuk mendapat tempat untuk berada bersama dengan pemuzik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Namun, nampaknya rezeki masih belum berpihak kepadanya sehingga ke hari ini.
Begitupun, wanita berusia 27 tahun itu tetap tekad dan bersemangat untuk terus berjuang tanpa mengenal lelah demi memastikan impiannya terlaksana. Bukan sekadar itu sahaja, beliau juga menyimpan hasrat untuk kembali bersaing dengan bintang baharu.
Namun, adakah beliau sudah bersedia untuk melakukan anjakan? Setelah hampir sedekad menutup pintu hati, mampukah beliau menyahut cabaran dengan muka baharu?
Segala ada dikongsikan oleh anak kelahiran Selangor itu dalam sisipan SinarPlus akhbar Sinar Ahad minggu ini.
Pada masa sama, pelbagai kisah masyarakat, kesihatan dan gaya hidup turut disajikan antaranya Kanak-kanak dengan MIS-C, berpotensi kena long Covid-19?, Sherry Alhadad pernah dibuli dan Berhari raya di Warung Ketupat Air Tangan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang