BARU-baru ini SinarPlus kongsikan peristiwa Tengah Hari Tanpa Bayang di Tanjung Piai, Pontian Johor.

Baca juga: Uniknya Fenomena Tanpa Bayang Di Tanjung Piai, Tanah Paling Selatan Benua Asia

Peristiwa unik yang berlaku 1.15 tengah hari, 24 Mac lalu yang turut disaksikan para pengunjung Taman Negara Johor Tanjung Piai.

Fenomena tanpa bayang atau Ekuinoks terjadi apabila matahari melintasi tepat garisan Khatulistiwa ketika ia bergerak dari Hemisfera Utara ke Hemisfera Selatan.

Baca juga: Subhanallah, Indahnya! 10 Foto Fenomena Halo Matahari Yang Buat Ramai Terpukau

Dalam perkembangan terkini, Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi berkongsi kejadian tersebut turut berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya, Shah Alam pada 28 Mac 2022.

Berikut 10 fakta mengenainya:

  1. Bandaraya Kuala Lumpur dan Putrajaya akan mengalami fenomena tersebut pada jam 1.19 petang manakala bandaraya Shah Alam pula pada jam 1 petang.
  2. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Sri Dr Adham Baba, menggalakkan rakyat Malaysia menghayati fenomena ini dengan keluar rumah lebih awal untuk memerhatikan perubahan bayang-bayang sendiri atau bayang-bayang objek-objek lain di sekitar kawasan.
  3. Fenomena Tengah Hari Tanpa Bayang ini merupakan susulan daripada Peristiwa Ekuinoks yang berlaku pada 21 Mac 2022 lalu apabila matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa.
  4. Semasa Peristiwa Ekuinoks, seluruh dunia mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam.
  5. Peristiwa Ekuinoks juga menandakan perubahan musim iaitu bermulanya musim bunga di hemisfera utara bumi manakala di hemisfera selatan bumi pula akan mula mengalami musim luruh.
  6. Fenomena ini dipanggil fenomena Tengah Hari Tanpa Bayang kerana pada waktu tengah hari yang mana matahari akan berada tepat di atas. Bayang kepala dan badan akan terjatuh ke tapak kaki seolah-olah tiada bayang yang jatuh ke bumi.
  7. Kedudukan Malaysia yang berada agak sedikit ke utara dari garisan Khatulistiwa menyebabkan Malaysia tidak mengalami fenomena Tengah Hari Tanpa Bayang pada 21 Mac 2022 yang lalu.
  8. Sebaliknya, negara telah mula mengalami fenomena Tengah Hari Tanpa Bayang pada 23 Mac 2022 di Serian, Sri Aman, Betong di Sarawak dan Kukup, Johor.
  9. Fenomena ini akan berlaku di bandar Iain pada tarikh-tarikh berikutnya sehinggalah ke bandar terakhir iaitu Kudat dan Jambongan di Sabah pada 7 April 2022.
  10. Senarai bandar yang mengalami fenomena Tengah Hari Tanpa Bayang dan tarikhnya adalah seperti berikut;

Iklan

Selepas 7 April 2022, matahari akan semakin teranjak ke latitud-latitud lebih ke utara iaitu ke negara-negara seperti Thailand, Vietnam dan Kemboja.

Baca juga: Fenomena Gerhana Bulan Penumbra Berlaku 19 November Ini, Berikut 10 Fakta Mengenainya

Iklan

Baca juga: ‘Supermoon’ Terbesar, Paling Terang Bakal Berlaku 26 Mei. Ketahui Mitos Dan Kepercayaan Tentang Fenomena Gerhana

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI