TANJUNG Piai merupakan kawasan tarikan pelancongan terkenal di Malaysia.

Lokasi menarik di mukim Kukup, Pontian, Johor itu terletak pada latitud 01.16 `Utara dan longitud 103.30.46 ` Timur menjadikan ia tanah paling selatan di benua Asia.

Baru-baru ini, Tanjung Piai mengalami fenomena tengah hari tanpa bayang yang turut disaksikan pengunjung Taman Negara Tanjung Piai.

Baca juga: Subhanallah, Indahnya! 10 Foto Fenomena Halo Matahari Yang Buat Ramai Terpukau

Fenomena tanpa bayang atau Ekuinoks berlaku apabila matahari melintasi tepat garisan Khatulistiwa ketika ia bergerak dari Hemisfera Utara ke Hemisfera Selatan.

Berikut lapan info berkaitan fenomena alam yang unik itu;

1.Ia berlaku kira-kira jam 1.15 tengah hari, 24 Mac yang turut disaksikan para pengunjung Taman Negara Johor Tanjung Piai.

2.Fenomena tanpa bayang menyebabkan bayang-bayang seseorang seolah-olah hilang kerana bayang berada di bawah kaki kerana keadaan yang sangat kecil.

3.Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) peristiwa Ekuinoks berlaku mulai 21 Mac ini sehingga 3 April depan di beberapa kawasan seluruh dunia.

Gambar hiasan.

4.Peristiwa tanpa bayang di Malaysia dijangka berlaku di Kota Tinggi pada 25 Mac, manakala bagi kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah pada 28 Mac.

5.Selain itu, fenomena tengah hari tanpa bayang melibatkan kawasan Kuala Terengganu dijangka berlaku paling lewat di Malaysia iaitu pada 3 April.

6.Menurut MOSTI, pada hari tersebut matahari akan berada betul-betul di atas garisan Khatulistiwa dan ia berlangsung sepanjang hari berkenaan.

7.Ketika itu, seluruh dunia akan mengalami masa siang dan malam yang sama panjang iaitu, 12 jam siang dan 12 jam malam.

Iklan

8.Equinoks turut berlaku di kawasan lain yang berada di garisan Khatulistiwa seperti Pontianak, Indonesia dan Quito, Ecuador bermula 21 Mac lalu.

Sebagai info, Ekuinoks adalah satu keadaan yang memperlihatkan titik subsolar sesebuah planet melintasi garisan Equator atau garisan Khatulistiwa sekali gus menyebabkan bahagian utara serta selatan sesebuah planet melalui tempoh waktu siang dan malam yang sama.

Unik bukan? Bagi anda yang berada di lokasi-lokasi terbabit Jangan lupa rakamkan foto masing-masing tanpa bayang sebagai kenangan.

Iklan

Baca juga: Fenomena Gerhana Bulan Penumbra Berlaku 19 November Ini, Berikut 10 Fakta Mengenainya

Baca juga: ‘Supermoon’ Terbesar, Paling Terang Bakal Berlaku 26 Mei. Ketahui Mitos Dan Kepercayaan Tentang Fenomena Gerhana

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI