11 Fakta Menarik TV AlHijrah Sepanjang PKP

11 Fakta Menarik TV AlHijrah Sepanjang PKP
11 Fakta Menarik TV AlHijrah Sepanjang PKP
A
A
A

BERAZAM untuk memberikan sepenuh penumpuan kepada penerbitan dan penyiaran program-program yang berunsurkan Islamik serta penerapan nilai-nilai murni yang mampu membentuk sahsiah penonton, TVAH menyajikan pelbagai pengisian yang menarik buat penonton sepanjang tempoh PKP.

Jom Sinar Plus kongsikan 11 fakta menarik TVAH sepanjang tempoh PKP. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Capaian penonton TVAH meningkat 75 peratus sepanjang perlaksanaan PKP berbanding dua minggu sebelumnya.

2. Program agama terbaru; Malaysia #QuranTime menjadi pilihan utama dengan capaian 926k penonton.

3. Peningkatan rating 12 kali ganda pada slot 12 hingga 1 tengah hari.

4. Syer penonton segmen dewasa berusia 50 tahun ke atas meningkat 57 peratus.

5. Syer penonton market centre meningkat sebanyak 50 peratus.

6. TVAH menjadi pilihan utama penonton untuk kandungan Islam dengan syer saluran 2 kali ganda di hadapan saluran-saluran Islamik lain.

7. Laman Facebook TVAH dilayari oleh 10.6 juta pengguna pada bulan ini iaitu 7 kali ganda melebihi jumlah pengikut sedia ada.

8. Purata like harian di laman Facebook TVAH meningkat sebanyak 185 peratus.

9. Jumlah pengguna yang berkongsi kandungan dari Facebook TVAH mencapai 1.3 juta iaitu peningkatan sebanyak 133 peratus.

10. Siaran langsung Sidang Media Covid-19 dan program Malaysia #QuranTime di laman Facebook TVAH berjaya menarik tontonan 24.8 juta penonton.

11. Peningkatan jualan di platform TV shopping sebanyak 13 peratus.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca