1.17kg sampah sehari? Malaysia sudah sampai ‘limit’, EPR peluang baharu selamatkan alam & jana ekonomi

A
A
A

SEORANG individu di negara ini dipercayai menghasilkan 1.17 kilogram sampah setiap hari. 

Angka itu menyebabkan negara kini bergelut dengan jumlah sisa pepejal dan plastik yang semakin meningkat, dan sistem pelupusan sampah tradisional iaitu take-make-dispose tidak lagi mampu menampung beban sisa pepejal yang terlalu tinggi.

Amandina Bumi Nusantara, Indonesia memproses botol terpakai menjadi botol baharu.
Amandina Bumi Nusantara, Indonesia memproses botol terpakai menjadi botol baharu.

Situasi ini menimbulkan risiko bukan sahaja kepada alam sekitar tetapi juga kepada kesihatan awam dan kualiti hidup generasi akan datang.

Untuk itu, pembangunan rangka kerja Tanggungjawab Pengeluar Diperluas (Extended Producer Responsibility, EPR) boleh menjadi mekanisme yang membawa Malaysia ke arah pengurusan sisa moden dan berimpak tinggi.

Dari kiri ke kanan Pakar Strategi Komunikasi, Majlis Perniagaan US-ASEAN, (Reihan Ihza Farial), Pengurus Besar Organisasi Pemulihan Pembungkusan Indonesia, (Reza Andreanto), Penyelaras Komuniti National Plastic Action, (Bunga Karnisa), Pengarah Hal Ehwal Awam, Komunikasi dan Kemampanan, Coca-Cola Indonesia, (Triyono Prijosoesilo).

EPR bertanggungjawab memastikan pengurusan produk dan pembungkusan mereka, daripada botol plastik, kertas, karton, kaca, logam dan sebagainya dikendalikan dengan betul. Ia meliputi proses dikitar semula atau dibuang dengan selamat.

Dengan pelaksanaan EPR secara menyeluruh, industri kitar semula plastik di Malaysia bukan sahaja membantu mengurangkan beban pelupusan, malah mampu menjana nilai ekonomi besar.

Menurut wakil US-ASEAN Business Council (USABC), Nugraheni Utami, rangka kerja EPR yang jelas dan dilaksanakan dengan kerjasama antara kerajaan, industri dan komuniti boleh mendorong pelaburan bukan sahaja dalam kemudahan kitar semula tetapi juga infrastruktur pengurusan sisa.

Kitar semula

Sementara itu, Ketua Wakil Negara untuk Malaysia di USABC, Tina Jamaluddin berkata rangka kerja EPR Malaysia yang akan datang adalah peluang untuk membina sistem praktikal merangkumi pelbagai bahan yang memacu impak alam sekitar dan kepastian pelaburan.

Rangka kerja EPR yang jelas dengan kerjasama antara kerajaan industri dan komuniti boleh mendorong pelaburan kepada negara.
Rangka kerja EPR yang jelas dengan kerjasama antara kerajaan industri dan komuniti boleh mendorong pelaburan kepada negara.

“Prinsip yang diiktiraf bersama di seluruh ASEAN, digandingkan dengan fleksibiliti nasional, membantu mengurangkan pemecahan dan menyokong pelaksanaan yang cekap di seluruh rantau ini,” katanya ketika lawatan media ke Perjalanan Pendidikan EPR Johor dan Jakarta baru-baru ini.

DELIGASI media Malaysia di Cibarusah Collection Centre, Indonesia. (Gambar kecil kanan ialah penulis)
DELIGASI media Malaysia di Cibarusah Collection Centre, Indonesia. (Gambar kecil kanan ialah penulis)

Namun begitu, sistem dan infrastruktur kitar semula serta pengumpulan tempatan yang rumit merupakan antara cabaran yang terpaksa dihadapi.

Usaha Malaysia memperkukuh dasar EPR turut dibantu peserta industri dan rakan teknikal yang sudah memulakan pelaburan dalam teknologi kitar semula seperti Yayasan Mahija (Mahija Parahita Nusantara). Entiti ini menyediakan infrastruktur asas dan keupayaan teknikal yang penting untuk sistem EPR nasional.

 Hiroyuki Industries di Johor Bahru merupakan pusat pengurusan kitar semula yang menggunakan rangka kerja EPR.
Hiroyuki Industries di Johor Bahru merupakan pusat pengurusan kitar semula yang menggunakan rangka kerja EPR.

Syarikat tempatan seperti Hiroyuki Industries yang mengendalikan fasiliti kitar semula ‘bottle-to-bottle’ pertama negara, dan Amandina Bumi Nusantara di Indonesia pula menyediakan kemudahan kitar semula yang inovatif.

Syarikat multinasional seperti Coca-Cola turut melaksanakan usaha memperkukuh sistem kitar semula dan pengumpulan, selain menyokong pelaksanaan sistem EPR yang lebih teratur.

DELIGASI media Malaysia di Cibarusah Collection Centre, Indonesia.
DELIGASI media Malaysia di Cibarusah Collection Centre, Indonesia.

Tindakan kolektif ini adalah kunci untuk mengatasi halangan dan mengubah kitar hayat pembungkusan untuk Asia Tenggara yang lebih mampan dan inklusif, merintis transformasi yang diterajui industri ke arah pengumpulan bahan yang cekap, kitar semula dan penggunaan semula.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang