AKIBAT banjir besar yang menimpa beberapa negeri di negara ini, kebanyakan orang ramai yang terjejas kini dilihat sedang berhadapan dengan masalah dari sudut ekonomi.

Tambahan pula pandemik Covid-19 yang menyebabkan kerajaan sekali lagi terpaksa mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan ramai individu kini mengeluh.

Prihatin dengan masalah yang dihadapi orang ramai, sebanyak 12 bank telah menyahut gesaan membabitkan pemberian bantuan dalam bentuk moratorium serta berkaitan banjir bagi membantu mangsa-mangsa bencana terbabit.

Kejadian banjir itu telah menjejaskan negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Perak, Sabah dan terbaharu di Sarawak.

Sejak Isnin lepas, institusi kewangan yang tampil menawarkan bantuan moratorium  kepada pelanggannya yang terkesan adalah seperti berikut :

  • Affin Bank Bhd
  • RHB Bank Bhd
  • Public Bank Bhd
  • Malayan Bank Bhd
  • Bank Simpanan Nasional Bhd
  • Bank Muamalat Malaysia Bhd
  • CIMB Bank Bhd
  • Bank Islam Malaysia Bhd
  • Alliance Bank Malaysia Bhd
  • Hong Leong Bank Bhd
  • SME Bank Bhd
  • OCBC Bank Bhd

Kesemua bank tersebut dilaporkan telah menawarkan bantuan bagi pelangan masing-masing.

Ini termasuk kelonggaran pembayaran balik pinjaman/pembiayaan atau moratorium sehingga enam bulan selain membenarkan penangguhan ansuran pinjaman dan pengecualian caj bayaran lewat.

Iklan

Pelanggan yang ingin bantuan moratorium tersebut bolehlah pergi ke cawangan bank yang berdekatan untuk sebarang rundingan atau membuat permohonan.

Dalam pada itu, Affin Bank, CIMB, Hong Leong dan OCBC pula bertindak menderma sejumlah RM1.1 juta kepada agensi-agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.

Iklan

Sementara itu, pengisytiharan darurat bagi membendung penularan Covid-19 pada Selasa lepas turut mendorong Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Hutang Kredit, Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Insurans Hayat Malaysia turut tampil menawarkan bantuan.

Seperti PIAM, mereka telah memberi jaminan kepada mangsa banjir yang mempunyai perlindungan insurans banjir bahawa ahli-ahlinya bersedia untuk mempercepatkan proses tuntutan dan bayaran kerugian akibat bencana tersebut.