1,200 buah butik Zara di seluruh dunia bakal ditutup, online masih onz

No Image Caption
A
A
A

MEMBERI penjelasan agar tidak mahu rugi berpanjangan, butik Zara mengumumkan bakal menutup 1,200 cawangannya di seluruh dunia.

Syarikat induk Zara, Inditex telah membuat keputusan dan hanya akan memfokuskan jualan hanya menerusi dalam talian. Ia susulan jualan entiti itu yang terjejas sebanyak 44 peratus kesan penularan wabak Covid-19.

Dalam masa yang sama, Inditex yang juga merupakan syarikat induk jenama Bershaka, Pull & Bear Dab Massimo Dutti.

Dikhabarkan kesemua jenama-jenama itu berkemungkinan besar akan menerima nasib yang sama seperti Zara.

Walaupun jualan mereka menurun, pembelian menerusi dalam talian meningkat dari tahun ke tahun dengan meningkat mendadak sejak dua bulan lalu.

Dalam pelan bisnes baharu Inditex, syarikat itu menjangkakan jualan dalam talian meningkat kepada 25 peratus menjelang 2022 berbanding hanya 14 peratus pada tahun kewangan tahun lalu.

Terdahulu, jenama Esprit turut mengecilkan bilangan butik mereka di seluruh dunia.

Foto: sunwaypiramid.com

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca