15 foto kawasan perkhemahan sebelum, selepas tragedi tanah runtuh Jalan Genting
15 foto kawasan perkhemahan sebelum, selepas tragedi tanah runtuh Jalan Genting
[AKAN DIKEMASKINI]
TRAGEDI tanah runtuh di tepi jalan berhampiran Father Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali mengejutkan negara.
Ketinggian runtuhan yang dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar 3 ekar telah menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan dengan jalan tersebut.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.00 pagi itu, anggaran awal pihak polis mendapati kira-kira 100 orang mangsa terperangkap.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.24 pagi tadi dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 3 pagi.
Kini misi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilaksanakan oleh anggota penyelamat yang berkenaan.
Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan pihak bomba dibantu beberapa agensi lain iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan pasukan SMART.
Di sini Sinar Plus kongsikan beberapa foto sebelum dan selepas kejadian di kawasan berkenaan;
Baca juga Tanah runtuh 39 meter di Batang Kali hempap 79 mangsa, 2 daripadanya maut, 15 info berkaitan
Baca juga [VIDEO] Kereta terbakar di lorong kecemasan tiba-tiba mengundur, turuni bukit di Genting
Buat anda kaki camping, glemping, atau hiking berhati-hatilah ketika musim hujan begini.
Kredit foto: Bernama, Bomba Selangor, bombaJBPM, APM, Nadma
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang