Esok pelitup muka dijual RM1 seunit peringkat runcit, 95 sen harga borong

A
A
A

BARU-BARU ini tular kes budak sekolah rendah ada yang terpaksa tetap menggunakan pelitup muka yang sudah dipakai berhari-hari biarpun  dalam keadaan kotor.

Isunya kerana mereka tidak mampu kerana tergolong dalam kalangan keluarga kurang berkemampuan.

Apa yang dikhuatirkan pelitup muka kotor yang tetap dipakai dek 'diwajibkan' penggunaannya itu boleh mengundang penyakit lain. Selain itu ada juga yang dah putus, dijahit semua oleh anak atau barangkali ibunya kerana tak mampu membeli mask baru.

Sedihnya kita yang melihat ini. Ada yang menitis air mata dibuatnya. Begitulah sukarnya golongan itu hanya untuk membeli satu mask tiga lapis yang sebelum ini berharga sekitar RM1.20 ke atas sehelai.

Bagaimanapun mulai 15 Ogos iaitu esok, harga pelitup muka akan dijual pada kadar lebih rendah iaitu RM1 sekeping di peringkat runcit. Kalau di peringkat pemborong, harganya 95 sen.

Itu yang diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata, ia adalah sebahagian daripada pendekatan untuk membantu rakyat, khususnya ibu bapa yang perlu membekalkan pelitup muka untuk anak-anak ke sekolah.

"Kita bersedia untuk turunkan lagi kepada paras harga yang lebih rendah pada masa akan datang," katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, kelmarin.

Terdahulu beliau menjawab soalan Chong Chieng Jen (DAP-Stampin) akan rasional peningkatan harga maksimum pelitup muka daripada RM0.80 sen sekeping ke RM1.50 sekeping.

Kerajaan telah mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam yang sesak dan pengangkutan awam mulai 1 Ogos lalu. Sementara itu harga siling diturunkan mulai 15 Ogos ini.

Minggu lalu di Dewan Rakyat, Alexander dilaporkan berkata, kerajaan bercadang menurunkan lagi paras harga siling pelitup muka tiga lapisan ke paras bawah RM1.20 seunit mulai 15 Ogos.

Cadangan penurunan harga maksimum pelitup muka tiga lapis dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 17 Julai, sebelum ia mendapati persetujuan sebulat suara.

Akan tetapi, merujuk komen orang ramai terhadap berita berkenaan di Facebook Sinar Harian, orang ramai berharap agar harga itu dapat direndahkan lagi di bawah RM1, setidak-tidaknya 50 sen sekeping.

Antara komen warganet:

Komen warganet.

Moga dipermudahkan urusan semua dalam pematuhan pemakaian pelitup muka bagi mengekang wabak Covid-19. -AG

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca