WABAK pandemik Covid-19 tidak dinafikan menjadi punca ramai orang hilang punca rezeki, baik dari segi kerjaya mahupun perniagaan.

Bahkan, ada dalam kalangan kita terpaksa menganggur untuk tempoh masa lama dan terpaksa mencari kerja baharu demi kelangsungan hidup.

Bagi yang mengharapkan kerja makan gaji, pasti sudah berpuluh-puluh resume dihantar ke syarikat yang disenaraikan, sesuai dengan kelayakan sedia ada.

kerja dari rumah

Pun begitu, percaya atau tidak, bekerja dari rumah pun boleh membantu kita untuk menjana pendapatan. Pucuk pangkalnya, kena rajin berusaha dan tak cepat give up!

Berikut ada 18 jenis kerjaya paling popular yang mungkin boleh dipertimbangkan sebagai rezeki baharu kita:

kerja dari rumah

1. Blogger

  • Kerjaya ini tidak asing bagi mereka yang suka menulis konten mengenai perihal orang, makanan, filem, muzik, ataupun kisah bercuti.
  • Meskipun pada awalnya tidak banyak income masuk, tetapi bila lama kelamaan ramai yang respons dan mengikuti blog kita, ia boleh menjana pendapatan pasif. Apa yang penting, kena banyak bersabar.

kerja dari rumah

2. Pempengaruh (Influencer)

  • Kerjaya ini sejak kebelakangan ini memang popular. Masakan tidak, kanak-kanak kecil pun pandai buat duit dengan hanya membuat konten di media sosial.
  • Bilangan pengikut yang ramai menjadi penentu kejayaan karier sebagai influencer. Jadi, apa tunggu lagi?

kerja dari rumah

3. Konsultan

  • Jika anda mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang dan sudah tiada mood untuk kerja makan gaji lagi, apa kata cuba menjadi seorang konsultan.
  • Tidak perlu untuk berkerja di pejabat kerana hanya bersemuka secara virtual saja kerana zaman sekarang ini banyak platform komunikasi seperti Zoom, Google Meet dan banyak lagi.

kerja dari rumah

4. Copywriting

  • Siapa yang pandai menjual melalui penulisan, bolehlah cuba untuk menjadi copy writer.
  • Kerjaya yang mungkin masih baharu untuk anak muda ketika ini, tetapi jika rajin, memang masyuk.

kerja dari rumah

5. Bisnes online

  • Berjualan hanya dari rumah. Bermula daripada status dropship, anda boleh bina perniagaan maya tanpa memerlukan modal yang besar.
  • Lagi best, banyak gedung online seperti Lazada dan Shopee membuka peluang usahawan muda untuk aktif berjualan. Apa yang penting, ada talian internet ya!

6. Perancang majlis

  • Mungkin musim Covid-19 ini, kerjaya seperti ini kurang memberangsangkan kerana kekangan prosedur operasi standard, tetapi itu antara sumber rezeki untuk mereka yang mahu berkerja dari rumah.

kerja dari rumah

7. YouTuber

  • Ya! Kerjaya ini memang diminati ramai kerana menjanjikan ganjaran lumayan jika pandai membuat konten unik.
  • Contohnya, pasangan suami isteri yang viral dengan menu masakan sehingga ramai mengikut mereka dalam YouTube. Hanya dari rumah saja, semuanya boleh jadi.

kerja dari rumah

8. Pereka grafik

  • Bagi anak muda yang mempunyai asas dalam bidang suntingan grafik, mereka boleh ‘jual’ kepakaran mereka kepada syarikat antarabangsa.
  • Malah, dengan kemajuan teknologi masa kini, tidak perlu bersemuka atau masuk pejabat pun untuk menyiapkan tugasan. Betulkan?

9. Pereka animasi

  • Kerjaya yang semakin mendapat perhatian anak muda selepas kejayaan beberapa siri kartun lokal seperti Upin Ipin dan BoBoiBoy.
  • Tidak kurang juga permintaan yang tinggi sebagai freelance untuk kerjaya seperti itu.

10. Guru online

  • Musim wabak virus korona ini membuat ramai mengambil pendekatan untuk mendapatkan khidmat guru secara atas talian.
  • Nah! Inilah peluang untuk mereka yang mempunyai kepakaran dalam mendidik anak-anak khususnya yang bakal menjalani peperiksaan penting.

kerja dari rumah

Iklan

11. Jurugambar/juruvideo

  • Memang tidak dinafikan, kerja sebagai jurugambar dan juruvideo ini boleh dibuat dari rumah sajakan?
  • Kerja pula boleh disusun awal dan bayaran pun agak lumayan bergantung kepada kreativiti. Gambar yang diambil juga laku untuk dijual atas talian sepertii Shutterstock, Getty Images, iStock dan banyak lagi.

12. Pengulas produk

  • Selain kerjaya sebagai pempengaruh, ramai juga yang mengambil peluang untuk sebagai pengulas produk berbayar.
  • Semakin ramai pengikut dalam media sosial, semakin tinggi bayaran dikenakan. Bukan sahaja artis dan selebriti, influencer pun ramai buat kerja ini.

kerja dari rumah

13. Pengurus media sosial

  • Nah! Kerjaya ini pun menarik juga tau! Bagi mereka yang pandai mengurus konten untuk syarikat gergasi, peranan mereka amat penting untuk mengendalikan akaun media sosial.
  • Bayaran pun agak mahal juga jika bijak menguruskan konten unik.

14. Penterjemah

  • Bagi anak muda yang fasih bahasa asing khususnya mereka yang minat K-pop dan Jepun selain Bahasa Inggeris, bolehlah jadikan kerjaya sebagai penterjemah selepas tamat belajar.
  • Ramai syarikat global luar sana membuka peluang untuk mereka mencuba nasib.

kerja dari rumah

15. Pakar SEO

Iklan
  • Kerjaya ini lebih kepada menganalisa dan meninjau corak pembaca atau trend pengikut terhadap sesuatu isu atau berita yang dikongsikan di sesebuah laman web atau akaun media sosial yang boleh menyumbang kepada kemasukan iklan untuk pendapatan syarikat.
  • Tidak perlu bekerja di pejabat sebenarnya kerana dari rumah pun boleh.

16. Ahli transkrip

  • Agak leceh sebenarnya kerjaya ini, tetapi bagi mereka yang suka, bolehlah cuba untuk menjadi ahli transkrip.
  • Selalunya jawatan ini lebih kepada freelance untuk mendengar rakaman suara atau video yang perlu diubah ke bentuk teks untuk sesuatu kajian ilmiah.

kerja dari rumah

17. Kolumnis

  • Penulisan kreatif dan kritis masih diperlukan untuk perkongsian dalam akhbar tempatan bahkan kolumnis ini dibayar mengikut panjang teks atau perenggan yang ditulis.
  • Selalunya, peluang ini diberikan kepada pengamal media yang legend atau pemimpin negara.

kerja dari rumah

18. Editor video

  • Selain penyunting video, peranan editor pun penting supaya hasilnya lebih bagus dan menarik untuk ditonton.
  • Lazimnya kerja sebagai editor video pun boleh buat di rumah saja, apa yang penting kelengkapan semuanya ada.

Menarik tak semua senarai kerjaya di atas?

Bagi mereka yang sedang merancang untuk bekerja sendiri atas alasan tertentu, bolehlah pertimbangkannya.

Apa yang penting, kesungguhan diri untuk mencari rezeki lebih.