1,800 tayar dibakar kerana pembatalan kejohanan F1 Grand Prix akibat Covid-19

1,800 tayar dibakar kerana pembatalan kejohanan F1 Grand Prix akibat Covid-19
1,800 tayar dibakar kerana pembatalan kejohanan F1 Grand Prix akibat Covid-19
A
A
A

BERIKUTAN pembatalan F1 Grand Prix Australia 2020, sebanyak 1,800 unit tayar jentera F1 Pirelli terpaksa dibakar walaupun belum pernah digunakan di atas litar.

Biarpun tidak pernah digunakan, tayar yang sudah dipasang pada rim perlu dibakar kerana kemungkinan tayar itu rosak apabila dikeluarkan daripada rim.

Tayar berkenaan akan dibakar menjadi bahan bakar alternatif sebuah kilang simen di Oxfordshire, England.

Ketua Sukan Bermotor Pirelli, Mario Isola berkata, mengambil kira jarak geografi Australia yang jauh dari Eropah, memang tiada pilihan lain melainkan tayar tersebut dikeluarkan daripada rim dan dibakar sebelum dihantar ke lokasi perlumbaan seterusnya.

1,800 tayar dibakar kerana pembatalan kejohanan F1 Grand Prix akibat Covid-19

“Kami siap memasang tayar pada rim Khamis lalu. Sekarang kami terpaksa membukanya semula. Tayar yang belum dipasang tiada masalah, kerana ia dihantar menggunakan kapal dan disimpan dalam bekas dengan suhu terkawal.

“Jika terdapat perubahan dalam jadual perlumbaan, kami masih boleh menggunakan tayar itu,” katanya.

Tambahnya lagi, tayar-tayar tersebut bukan kesemunya digunakan untuk perlumbaan di Australia tetapi tayar yang bakal digunakan di litar Bahrain dan Vietnam yang turut dibatalkan perlumbaannya.

Langkah memusnahkan tayar bukanlah sesuatu yang baru buat Pirelli. Pengeluar tayar itu biasanya perlu memusnahkan lebih 580 unit tayar basah jika ia tidak digunakan.

Namun, disebabkan oleh pembatalan F1 GP Australia akibat penularan wabak Covid-19 membuatkan angka tayar yang bakal dimusnahkan dan dibakar naik mendadak.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca