SUSULAN struktur kren tumbang dan menghempap sebuah kenderaan di projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Kuala Lumpur, tiga dilaporkan maut.

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) mengesahkan satu daripada komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan itu dengan jumlah mangsa maut sudah meningkat kepada tiga orang.

PROLINTAS dalam satu kenyataan mengatakan hasil siasatan awal mendapati tiga pekerja pembinaan warga China meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang pengguna jalan raya pula cedera.

Menurutnya, insiden difahamkan berlaku apabila salah satu daripada komponen kren gantri terjatuh namun punca kejadian masih dalam siasatan.

Katanya, pasukan tindak balas kecemasan SUKE bersama anggota bomba sudah menutup laluan trafik di kedua-dua hala dan kerja menyelamat mangsa sedang dijalankan.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur mengatakan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 8.45 pagi.

Seramai 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras, BBP Tun Razak dan BBP Hang Tuah digerakkan ke lokasi kejadian.

3 kejadian barang jatuh dari 'langit', kali ini ragut 3 nyawa

Setibanya di lokasi, anggota mendapati berlakunya kejadian melibatkan struktur besi crane launcher pembinaan lebuh raya telah jatuh dan menghempap sebuah kereta jenis Perodua Bezza.

Antara mangsa terlibat merupakan pemandu kereta Bezza tersebut susulan kenderaannya dihempap besi kren berkenaan dan mengalami kecederaan parah.

Menurutnya, dipercayai dua mangsa terjatuh dari aras setinggi 120 kaki dan telah disahkan meninggal dunia.

Iklan

Baca juga Sanitasi di rumah untuk elak Covid-19 perlu atau tidak? Ini apa kata pakar

Terdahulu, pada 3 Mac lalu lima mangsa dipercayai terperangkap dalam kejadian runtuhan struktur tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang berhampiran Desa Tun Razak menghala ke Ampang.

Iklan

Pada 23 Mei 2019, dua pekerja pembinaan cedera, manakala seorang lagi terperangkap selepas sebahagian daripada struktur bangunan di tapak pembinaan Terminal Bas Bersepadu Gombak berhampiran Stesen LRT Putra Terminal Gombak, Taman Melati, runtuh.