3 minuman wajib tahu untuk pesakit arthritis

A
A
A

PENYAKIT arthritis atau sakit sendi akan menyebabkan rasa kesakitan, bengkak dan kekejangan pada anggota badan.

Pelbagai punca boleh dikaitkan dengan penyakit ini. Antaranya, jangkitan kuman, keturunan, kerosakan sendi dan beberapa sebab lain.

Terdapat empat jenis arthritis yang sering dialami oleh kumpulan dewasa iaitu osteoarthritis, rheumatoid arthritis, jangkitan kuman dan gout.

Berdasarkan catatan maklumat Pendaftaran Arthritis Radang Kebangsaan (NIAR) sehingga September 2019, seramai 6,056 pesakit menghidap rheumatoid arthritis di hospital kerajaan di seluruh negara.

Lazimnya, penyakit ini menyerang individu yang telah berusia terutama wanita selain mereka yang kurang mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.

Oleh itu, pesakit akan mudah terdedah kepada rasa sakit pada bahagian anggota badan seperti tangan, kaki dan belakang badan.

Amalan cara hidup sihat amat digalakkan kepada pesakit arthritis termasuk penjagaan makanan yang sihat.

Terdapat tiga jenis minuman yang perlu dipandang serius bagi membantu mengurangkan rasa sakit seperti kekejangan sendi, sendi bengkak atau kesukaran untuk bergerak.

Justeru, SinarPlus kongsikan tiga minuman yang perlu anda ketahui terutama bagi pesakit arthritis:

1. Kawal kandungan kafein

Menurut laman web express.co.uk, amalan minuman yang mengandungi kandungan kafein berlebihan boleh menyebabkan berlakunya masalah arthritis.

Meskipun kandungan polifenol antioksidan dalam minuman kopi dipercayai dapat mengurangkan masalah gout, tetapi anda tetap harus berwaspada.

Disarankan, ambil sekitar satu atau dua cawan sahaja dalam sehari. Sebaiknya jangan mencampurkan dengan gula dan krim susu.

Ini kerana bimbang kandungan kalori yang tinggi akan menyebabkan kenaikan berat badan dan mendorong ke arah obesiti.

Penyakit obesiti atau berat badan berlebihan juga dipercayai antara punca berlakunya arthritis.

2. Jus buah-buahan

Minuman jus seperti oren, tembikai dan epal sering menjadi pilihan sama ada di restoran mahupun di rumah.

Namun, harus diingat agar tidak mencampurkan jus dengan manisan kerana buah-buahan sendiri sudah memiliki kandungan gula.

Oleh itu, sebaiknya minuman jus dihasilkan daripada sumber semula jadi untuk mendapatkan hasil yang berkualiti.

Dikatakan, jus oren, tomato, nanas dan lobak merah baik buat pesakit arthritis kerana kandungan vitamin C yang tinggi.

3. Pentingnya air putih

Sebahagian individu sukar untuk meminum air putih dan menjadikannya amalan seharian.

Tidak bagi pesakit arthritis. Minum air putih dipercayai dapat membantu mengurangkan kesakitan selain dikatakan sebagai ubat mujarab untuk merawat penyakit.

Minum air putih pada jumlah yang ditetapkan boleh membantu mengeluarkan toksin dalam badan dan membantu kepada penurunan berat badan.

Secara kesimpulan, walaupun amalan diet seimbang dapat membantu mengurangkan sakit arthritis, tetapi rawatan perubatan klinikal juga penting.

Pastikan anda melakulan senaman dan penting untuk memastikan berat badan sentiasa berada pada tahap ideal.

Selain pengambilan ubat-ubatan, rawatan fisioterapi turut antara kaedah yang baik untuk dilakukan.

Paling penting, dapatkan nasihat daripada pakar dan berbincanglah dengan doktor mengenai kaedah rawatan susulan yang perlu dilakukan.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca