NAMPAKNYA ketegasan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menangani penularan Covid-19 dan pematuhan prosedur standard (SOP) tidak mengenal siapa.

Gagal memastikan penjarakan fizikal dan menyebabkan berlakunya kesesakan, penganjur Hari Aspirasi 100 Hari Keluarga Malaysia didakwa tidak mematuhi SOP.

Berikut adalah lima info berkaitan acara berkenaan:

1. Karnival empat hari itu dianjurkan Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (Sepadu) Jabatan Perdana Menteri.
2. Ia bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
3. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengesahkan kompaun dikeluarkan mengikut Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Akta 342).
4. Kompaun bernilai RM1,000 telah dikeluarkan kepada pihak penganjur.
5. Ia susulan situasi sesak, tiada penjarakan fizikal dan tiada kawalan jumlah pengunjung yang hadir memberi risiko berlakunya penularan jangkitan Covid-19.

Baca juga: Status hamil terjawab, Neelofa dilepas tanpa bebas tuduhan langgar SOP

Selain itu, mengenai jumlah kompaun, Khairy berkata ia merupakan jumlah maksimum yang boleh dikenakan selepas Ordinan Darurat diungkaikan di Dewan Negara, pada 8 Disember lalu.

Malah kaunter diskaun saman polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang  yang menjadi antara tarikan utama pengunjung akan ditutup mulai petang ini.

“Maklumat lanjut mengenai kaedah pembayaran saman dan tawaran diskaun akan dimaklumkan oleh pihak PDRM.

Iklan

 

Katanya, kerajaan seharusnya menunjukkan teladan serta amalan terbaik kepada masyarakant dan berpegang kepada standard yang sama seperti yang telah dikenakan ke atas rakyat.

Dalam perkembangan berkaitan, Polis Diraja Malaysia melalui laman sosial Facebook memaklumkan kaedah pembayaran baru.

“Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, menggalakkan orang ramai membayar saman di kaunter trafik daerah dan kontinjen masing-masing dari pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang termasuk pada hari cuti hujung minggu, iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad sehingga 12 Disember 2021.

Iklan
“Bayaran kaunter di KLCC ditutup bagi mengelakkan berlaku kesesakan, yang mana akan memberikan risiko kepada berlaku penularan jangkitan Covid-19,” katanya.

Baca juga: Boleh buat aduan langgar SOP di MySejahtera, KKM perkenal fungsi baharu

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, PDRM