PENGESAHAN penuntut universiti warga Afrika di Ipoh positif varian Omicron menimbulkan pelbagai reaksi.

Kes pertama di Malaysia itu melibatkan seorang pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November 2021.

Pelajar berkenaan menuntut di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak dan telah menjalani ujian RT-PCR Covid-19 setibanya di pintu masuk antarabangsa KLIA.

Berikutan sidang media Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengingatkan semua agar berwaspada, tetapi tenang menghadapi varian Omicron.

Dalam pada itu, beliau mendedahkan data-data penyelidikan yang dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengesan penularan varian berkenaan.

Baca juga: Sah! Warga Afrika penuntut universiti di Ipoh positif varian Omicron. Ini 10 fakta mengenainya

1.Penjujukan awal telah diadakan dan usaha pengesanan kontak turut dilakukan sebaik sahaja dimaklumkan mengenai varian Omicron

2.Data yang dapat dikemukakan dan laporan yang dikeluarkan ini adalah sangat meyakinkan.

3.Dalam masa satu hingga dua jam susulan varian Omicron, KKM mengesan empat generasi kenalan yang melibatkan 3.2 juta check-in MySejahtera:

4.Indeks: Kes Omicron
Gen 1: Terdedah dalam penerbangan atau di KLIA
Gen 2: Terdedah melalui Gen 1
Gen 3: Terdedah melalui Gen 2

5.Usaha tersebut dilengkapi dengan “follow up” oleh frontliner di lapangan.

6.Pengesanan genomik yang dilakukan KKM adalah secara menyeluruh dan teliti.

7.Sampel yang diperolehi adalah dari 19 November 2021, iaitu sebelum Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan Omicron sebagai “Varian Yang Perlu Membimbangkan” (VOC).

8.Pengesanan kontak sangat meyakinkan yang mana kadar ujian untuk pelancong yang masuk adalah 100% (seperti yang disyaratkan).

9.Dalam lebih daripada 80,000 individu dikesan, terdapat kurang daripada 100 kes positif.

10.Khairy mendedahkan tidak ada kes positif dalam kalangan kontak rapat.

Baca juga: #ReopeningSafely tak lama lagi, KJ ingatkan lima Penilaian Kendiri

Katanya, KKM mengesahkan menerusi penyiasatan yang dilakukan ke atas kontak rapat dan kes indeks tidak ada ketidakpatuhan kuarantin

Data tersebut adalah dirujuk menerusi aplikasi MySejahtera mereka yang terbabit

Justeru, dalam mendepani varian menggerunkan Omicron ini, beliau menyifatkan ia sebagai satu ujian atau “test run” yang baik terhadap sistem tindak balas KKM termasuk tiada pemecahan kuarantin, pengesanan kontak dengan pantas serta kdar ujian 100% di pintu masuk negara.

Katanya, KKM akan terus meningkatkan survelan genomik.

Baca juga: Takutnya! Ramai kanak-kanak dijangkiti varian Omicron masuk hospital di Afrika Selatan

“Kita digalakkan untuk berwaspada, tetapi tenang apabila menghadapi varian Omicron.

“Terdapat kemungkinan besar bahawa Omicron sudah berada di kalangan kita, walaupun data memberi keyakinan tiada penularan tempatan berkaitan dengan kes ini khususnya.

“Walaubagaimanapun, kami di KKM tidak akan alpa.

“KKM akan sentiasa berwaspada dan membuat yang terbaik demi rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Data, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan KKM, Dr Mahesh Appannan menerusi Twitter mencadangkan suntikan dos penggalak di samping Penilaian Kendiri Covid-19 TRIIS.

 

Iklan

Dr Mahesh AppannanBaca juga: WHO jangka varian Omicron terus meningkat, 23 negara telah dikesan

TRIIS perlu dilakukan untuk mencegah jangkitan. Lima langkahnya adalah seperti berikut:

1. TEST
Segera lakukan ujian saringan Covid-19 secara kendiri sekiranya mengalami simptom-simptom jangkitan seperti selesema, demam batuk dan lain-lain.

Ketua Penolong Pengarah Kanan, Gred UD54. Bahagian. Bahagian Kawalan Penyakit.
Laporkan keputusan saringan secepat mungkin di aplikasi MySejahtera.

3. ISOLATE
Lakukan kuarantin atau pengasingan kendiri dengan segera dengan penuh disiplin sekiranya didapati positif.

Patuhi perintah Perintah pengawasan dan pemerhatian (Home Surveillance Order-HSO) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Iklan

4. INFORM
Segera maklumkan kepada kontak rapat sekiranya keputusan pengesanan Covid-19 positif.

Segera memaklumkan kepada pihak berwajib atau Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) berhampiran sekiranya situasi kesihatan diri semakin merosot semasa menjalani kuarantin kendiri di rumah.

5. SEEK
Dapatkan rawatan segera di pusat-pusat perubatan atau CAC berhampiran sekiranya mengalami gejala berat seperti kesukaran bernafas dan suhu badan terlalu tinggi.

Baca juga: Varian baru Covid-19, Omicron boleh cetus Pandemik 2.0, 10 fakta penting mengenainya

Baca juga: #ReopeningSafely tak lama lagi, KJ ingatkan lima Penilaian Kendiri

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Facebook KKM