KEBIASAANNYA batuk terjadi diakibatkan oleh keadaan cuaca yang tidak menentu. Batuk ini juga mudah untuk dijangkiti dan tersebar. Mengubati dengan ubat preskripsi juga boleh menjadi salah satu cara paling berkesan bagi mengubati penyakit batuk daripada terus berlarutan.

Namun, jika ingin menggunakan cara mudah di rumah, sebaiknya anda menggunakan daripada bahan-bahan semula jadi sebagai alternatif merawat sakit kerongkong. Berikut merupakan cara bagi menghilangkan rasa batuk dengan cara yang mudah di rumah.

1. Teh madu

tip

 

Madu juga boleh mengurangkan gejala batuk yang teruk atau lebih sedikit daripada kesan dextromethorphan (bahan di dalam ubat batuk). Hanya perlu campurkan sebanyak dua sudu teh ke dalam air suam atau pun teh herba. Amalkan minum air campuran itu sekurang-kurangnya 2 hingga 3 kali sehari. Jangan bagi makan madu kepada kanak-kanak di bawah umur 1 tahun.

2. Teh halia

tip

Teh halia juga boleh mengurangkan batuk kering, ini kerana ianya mempunyai kesan anti-radang. Beberapa sebatian anti-radang di dalam halia yang boleh melegakan sel membran yang berada di saluran pernafasan yang boleh melegakan rasa batuk.

Hanya perlu rebuskan halia segar ke dalam cawan air yang panas. Biarkan seketika selama beberapa minit sebelum diminum. Anda juga boleh menambahkan sedikit madu ataupun jus lemon bagi mengurangkan rasa batuk.

3. Air garam

tip

Iklan

Minuman ini merupakan salah satu cara bagi menghilangkan rasa batuk dan sakit tekak. Air garam juga berfungsi sebagai mengurangkan kandungan lendir yang berada di bahagian belakang tekak yang menjadi penyebab masalah batuk.

Gaulkan setengah sudu teh garam ke dalam secawan air suam sehingga garam betuk-betul larut. Biarkan ia sejuk sebentar barulah boleh diminum dengan cara berkumur. Biarkan campuran air garam tadi di belakang tekak buat sementara waktu sebelum mengeluarkannya. Amalkan rutin ini setiap hari sehingga kesan batuk hilang.

4. Coklat

Iklan

tip

Coklat yang dibuat daripada koko mengandungi theobromine yang dikatakan memberi tekanan terhadap saraf vagus. Saraf ini bertindak untuk menghasil reaksi batuk dalam badan anda. Maka, meminum coklat panas adalah baik untuk melegakan rasa batuk anda dari semasa ke semasa.

Namun, sebaiknya jangan lupa jumpa doktor juga ya.

Penulis: Fatin Syazwani Mohd Hanif
Foto: unsplash