5 bandar paling tinggi kos sara hidup, anggaran gaji RM1,930 hingga RM6,890 untuk survive tiap bulan

A
A
A

SEMUA orang sedar bahawa kos sara hidup sekarang meningkat saban tahun di negara kita yang permai ini.

Tak kiralah harga barang makanan, sewa rumah, minyak mahupun kos pengangkutan, memang semuanya naik.

Itu belum kira belanja persekolahan anak-anak lagi.

Bagi yang memilih sekolah kerajaan mungkin boleh menanggung kadar yuran yang ditetapkan, namun bagaimana nasib mereka yang memilih institusi swasta? Tak terkatakan?

Merujuk Belanjawanku 2022/2023 yang diterbitkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kos sara hidup untuk golongan bujang dan pasangan sudah berkahwin juga meningkat.

Panduan bajet yang mendapat kerjasama Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial Universiti Malaya itu mendedahkan, kos hidup untuk golongan bujang di Lembah Klang meningkat kepada RM1,930 berbanding RM1,870 dalam Belanjawanku 2019.

kos sara hidup

Anggaran kos tersebut melibatkan mereka yang menggunakan servis pengangkutan awam.

Untuk si bujang yang sudah memiliki kenderaan sendiri, sekurang-kurangnya gaji dalam tangan perlu ada RM2,600.

 

Sementara itu, bagi pasangan suami isteri tanpa anak juga memerlukan sebanyak RM4,630 untuk hidup selesa berbanding RM4,420 sebelum ini.

Anggaran RM bagi pasangan suami isteri dengan dua anak pula, wang yang diperlukan untuk hidup di Lembah Klang adalah sekitar RM6,890 sebulan berbanding RM6,620 pada tahun 2019. Fuh! Banyak juga tu.

kos sara hidup

Untuk pengetahuan semua, Belanjawanku 2022/2023 adalah panduan yang memperincikan perbelanjaan minimum mengikut kategori isi rumah (bujang, keluarga atau warga emas).

Selain itu, ia juga menyediakan cadangan mengenai peruntukan perbelanjaan, perbelanjaan pilihan dan simpanan persendirian di 12 bandar utama Malaysia.

Baca juga Ini sebab kenapa Madinah Al-Munawwarah dilabel sebagai antara bandar paling sihat di dunia

Berdasarkan perbandingan mengikut 12 bandar utama, terdapat lima bandar utama dalam Malaysia menelan belanja sangat tinggi. Berikut perkongsian fakta untuk rujukan kita bersama:

kos sara hidup

1. Lembah Klang

Anggaran gaji bujang: RM1,930 hingga RM2,600

Anggaran gaji sudah berkahwin: RM4,630 hingga RM6,890

kos sara hidup

2. Georgetown

Anggaran gaji bujang: RM1,830 hingga RM2,430

Anggaran gaji sudah berkahwin: RM4,360 hingga RM6,370

Baca juga Bandar miliki kembar paling ramai di dunia, saintis syak makanan wanita jadi punca

kos sara hidup

3. Johor Bahru

Anggaran gaji bujang: RM1,760 hingga RM2,290

Anggaran gaji sudah berkahwin: RM4,110 hingga RM6,100

kos sara hidup

4. Melaka

Anggaran gaji bujang: RM1,730 hingga RM2,270

Anggaran gaji sudah berkahwin: RM4,010 hingga RM5,850

Baca juga Tiada satu pun kereta di tujuh bandar ini, padanlah cantik, tersusun dan bebas pencemaran udara

kos sara hidup

5. Seremban

Anggaran gaji bujang: RM1,720 hingga RM2,300

Anggaran gaji sudah berkahwin: RM4,170 hingga RM6,130

Lihat, semakin maju sesebuah bandar, semakin tinggi kos yang diperlukan untuk terus hidup.

kos sara hidup

Namun, ramai anak muda berhijrah ke bandar besar untuk memulakan hidup baharu kerana tawaran gaji yang lebih tinggi.

Pun begitu, banyak benda yang perlu ditanggung dan difikirkan.

kos sara hidup

Ada juga yang buat pilihan untuk memulakan kerjaya di kampung sahaja. Kata mereka lebih jimat.

Tepuk dada, tanya selera!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang