SIAPA sangka, kadang-kadang idea yang paling mudahlah dapat membangkitkan keceriaan yang paling menyeronokkan. Percaya atau tidak, dengan hanya menggunakan pita pelekat pun mampu mendatangkan perasaan itu!

Kadangkala, ‘bahan’ tersebut terbiar begitu sahaja dalam laci rumah. Jika digunakan pun pada tujuan tertentu. Sudah tentu akan membazir sahaja jika tidak digunakan, bukan?

Berkongsi permainan menarik yang boleh direkacipta menggunakan pita pelekat, Sinar Plus yang memetik perkongsian laman portal popular America Lifestyle mengumpulkan lima aktiviti permainan menarik yang boleh ‘digunapakai’ kita di sini.

1) Tic-Tac-Toe

Ramai kanak-kanak yang sukakan permainan tic-tac-toe (atau dikenali sebagai permainan X dan O). Sejak tahun 70-an lagi permainan itu sudah dimainkan.

Tapi dengan menggunakan pita pelekat, ia ibarat sudah ‘tertanam’ di lantai rumah. Anak-anak boleh bermain lagi dan lagi apabila kita membuatkan papan bermain yang besar menggunakan pita itu.

Caranya, buat dua garis mendatar selari dan dua garis menegak selari yang bersilang. Gunakan beg kacang berwarna yang berbeza atau barangan rumah lain untuk menandakan pemilihan setiap pemain. Tiga penanda sama berjaya disusun berturut-turut, maka menanglah tic-tac-toe!

 

2) Sarang labah-labah

Lekatkan pita pelukis pada lantai, sisi dan bahagian atas ruangan laluan dalam rumah. Pastikan semua penjuru bertemu di tengah. Kemudian, terus menenun sarang lelabah dengan membuat bulatan ke arah pusat sehingga sarangnya selesai.

Koyak dan bulatkan beberapa kepingan akhbar lama dan lemparkan kertas itu pada ‘sarang’ lelabah itu. Lihat jika bebola surat khabar tersebut tersangkut!

Ibu-ibu jangan marah jika rumah bersepah ya. Inilah masanya untuk neuron sel-sel otak berhubung.

Satu lagi, pastikan sebelum menenun sarang itu, laluan terlibat bukanlah ‘jalan utama’ untuk ke tandas atau bilik utama.

3) Paper Airplane Bull’s-Eye

Iklan

Menggunakan pita pelukis, buat persegi kecil. Di sekelilingnya, buat satu lagi persegi saiz sederhana.

Di sekelilingnya lagi, buat satu persegi panjang yang lebih besar. Nomborkan setiap bahagian (satu untuk dataran kecil, dua untuk dataran tengah dan tiga untuk dataran besar).

Untuk bermain, buang pesawat kertas di dataran dan kumpulkan mata yang sepadan dengan tempatnya. Sesiapa yang mendapat mata paling banyak, menang!

4) Lumba kereta

Sama ada pergi dengan kelajuan yang ditetapkan untuk perlumbaan drag atau gelung trek perlumbaan tradisional, pita pelekat adalah medium sempurna untuk membuat laluan bagi perlumbaan kereta mainan.

Iklan

Kosongkan lokasi atas lantai dan gunakan pita untuk menggariskan ‘jalan’. Tulis perkataan “mula” di satu hujung dan “selesai” di sebelah yang lain. Mulakan enjin kereta mainan anda dan berlumbalah!

5) Astronaut outlines

Berangan dengan merasakan diri naik ke bulan dengan aktiviti ini. Kaedahnya, anak-anak hanya berbaring di atas lantai dan membuat siluet mereka menggunakan pita pelukis.

Kemudian, masukkan diri ke ‘dalam ruang angkasa’ dengan menambah unsur seperti topi angkasawan, bulan, matahari dan bintang.