5 fakta mengenai Deltacron, varian kombinasi Delta, Omicron ditemui di Cyprus
NAMPAKNYA virus Covid-19 terus bermutasi, mencari peluang untuk kewujudan bersama dalam tubuh manusia.
Apa menakutkan, kini wujud varian yang dikatakan kombinasi kepada dua varian yang perlu diperhatikan (variant of concern-VOC) Delta B.1.617.2 dan Omicron B.1.1.529.
Baca juga: Selepas Omicron, muncul pula Florona, berikut 8 info mengenainya
Varian terbaru itu dirujuk sebagai Deltacron ditemui di Cyprus. Berikut lima fakta mengenai Deltacron:
1. Pihak berkuasa di Cyprus melaporkan pihaknya mengesan 25 kes jangkitan coronavirus jenis baharu. Mereka mendakwa itu adalah versi gabungan kedua-dua varian Delta dan Omicron bagi coronavirus SARS-CoV-2, yang mereka namakan sebagai 'Deltacron'.
2. “Pada masa ini terdapat jangkitan bersama Omicron dan Delta. Kami telah menemui varian yang merupakan gabungan kedua-duanya”, kata profesor biologi Universiti Cyprus dan pengarah Makmal Bioteknologi dan Virologi Molekul, Leondios Kostrikis.
3. Dalam kenyataan kepada Signa TV, Kostrikis menjelaskan bahawa varian baharu itu mempunyai tandatangan genetik bagi varian Omicron dan genom bagi varian Delta.
4. Setakat ini, Kostriki dan pasukannya telah mengenal pasti 25 kes 'Deltacron'. Katanya ia lebih banyak terjadi kepada pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital berbanding kuarantin kendiri di rumah.
5. Pada 7 Januari, sampel daripada 25 pesakit yang dikesan dihantar ke pangkalan data antarabangsa GISAID Institut Pasteur di Paris. Ia adalah badan yang bertanggungjawab menerbitkan penjujukan rasmi varian baharu influenza dan koronavirus.
Terdahulu, SinarPlus berkongsi mengenai varian IHU (B.1.640.2) yang dikesan di Perancis dan telah menjangkiti 12 orang di sana.
Baca juga: 5 Fakta IHU, Varian Baru Dikesan Di Perancis, Sangat Mudah Berjangkit
Untuk pengetahuan semua, virus bermutasi untuk kelangsungan hidup bukan untuk membunuh dan ia cuba menyesuaikan diri dengan tubuh manusia.
Setakat ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan lima varian yang perlu diperhatikan (VOC) iaitu
- Alpha (B.1.1.7)
- Beta (B.1.351)
- Gamma (P1)
- Delta (B.1.617.2)
- Omicron (B.1.1.529)
Baca juga: 5 info Ronapreve yang perlu anda tahu, ubat cegah dan rawat Covid-19, lulus pendaftaran bersyarat KK
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Sumber: Euro Weekly News, WHO
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang