PERINTAH Kawalan Pergerakan memasuki hari ketiga.  Diharap orang ramai akur dengan usaha yang dilakukan pihak kerajaan bagi mencegah penularan wabak Covid-19 yang kini semakin merisaukan dunia.

Ramai sudah mula bercuti atau pun mula bekerja dari rumah sehingga hujung bulan ini. Mesti ramai yang buntu apa nak buat di rumah.

Antara cara terbaik dan mudah untuk luangkan masa di rumah adalah dengan menonton televisyen atau melayari Internet.

Zaman sekarang televisyen pun dah canggih seperti smart TV yang mempunyai fungsi sambungan WIFI yang membolehkan pengguna terus menonton YouTube.

Oleh itu, daripada puluhan filem yang telah ditayangkan, Sinar Plus pilih lima filem tempatan menarik untuk ditonton.

Susunan filem dalam senarai ini pula adalah berdasarkan yang pernah pecah panggung dengan nilai kutipan tertinggi di Malaysia. Sudah sedia? Jom!

  1. Hantu Kak Limah 3

Merupakan sebuah filem komedi seram Malaysia 2018 yang diarahkan oleh Mamat Khalid. Filem tersebut juga merupakan kesinambungan daripada Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (2013) serta yang ketiga dalam trilogi Hantu Kak Limah.

5 filem box office tempatan yang boleh anda tonton lagi dan lagi

Ia berkisarkan Kak Limah yang baru sahaja berumah tangga, telah ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan di dalam kebun. Confirm kelakar abis!

  1. Munafik 2

Munafik 2 ialah sebuah filem seram Malaysia 2018 yang diarahkan dan ditulis oleh Syamsul Yusof. Filem ini merupakan kesinambungan daripada filem Munafik yang ditayangkan pada 2016 dan yang kedua dalam trilogi Munafik yang dirancang.

5 filem box office tempatan yang boleh anda tonton lagi dan lagi

Ia juga merupakan filem ke-40 terbitan Skop Productions dan dibintangi oleh Syamsul sendiri sebagai Ustaz Adam, Fizz Fairuz, Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Fauzi Nawawi, Mawi, Rahim Razali dan pelakon Indonesia, Weni Panca.

Mengisahkan perjuangan Ustaz Adam yang berhadapan dengan kultus ajaran sesat di perkampungan yang sangat terpencil, yang diketuai oleh Abuja dan menyelamatkan seorang ibu tunggal (Sakinah) daripada kejahatan Abuja.

Banyak pengajaran dalam cerita ni. Anda wajib tengok!

  1. BoBoiBoy Movie 2

Merupakan filem kedua yang dihasilkan oleh Animonsta Studios selepas BoBoiBoy: The Movie yang ditayangkan di pawagam Malaysia, Indonesia, Singapura, dan Brunei.

Mengisahkan watak utama, BoBoiBoy dan kawan-kawan diserang Retak’ka, pengguna asal Kuasa Elemental yang dimiliki oleh BoBoiBoy.

5 filem box office tempatan yang boleh anda tonton lagi dan lagi

Iklan

Retak’ka ingin merampas semula Kuasa Elemental daripada BoBoiBoy untuk menjadi makhluk yang paling kuat dan menguasai galaksi.

BoBoiBoy dan kawan-kawan perlu mencari cara untuk menghentikan Retak’ka sebelum kuasanya jatuh ke tangan yang salah.

Layan dengan family sesuai sangat.

  1. Paskal

Paskal merupakan filem aksi yang perlu ditonton semua rakyat Malaysia. Penuh dengan emosi dan juga aksi-aksi yang sangat mencemaskan, filem ini juga menjamukan lawak ringan yang mampu membuat anda tersenyum.

Hero pun hensem elok!

Iklan

5 filem box office tempatan yang boleh anda tonton lagi dan lagi

  1. Polis Evo 2

Dibintangi oleh lakonan mantap Zizan Razak dan Shaheizy Sam selalu pelakon utama, filem ini membawa kisah bagaimana dua anggota polis iaitu Inspektor Sani dan Inspektor Khai ditugaskan melaksanakan misi pengintipan di sebuah pulau terpencil di Pantai Timur.

5 filem box office tempatan yang boleh anda tonton lagi dan lagi

Jika Polis Evo 1 lebih kepada komedi dengan tema aksi, sequelnya ini 100 peratus lebih serius dan komedi hanyalah perkara sampingan yang kecil sahaja.

Nak tengok Shaheizy Sam belanja body sado dia, try la layan!