SIAPA tidak kenal dengan P. Ramlee? SinarPlus percaya dalam kalangan kita pasti masih mengikuti filem-filem karya seniman negara itu walaupun beliau sudah lama tiada.

Filem beliau yang penuh dengan unsur nasihat dan menghiburkan kekal segar dalam ingatan dan tidak pudar dek zaman.

Karya-karya tersebut antara karya terhebat dan jika tidak diberikan pendedahan kepada generasi sekarang, mungkin karya hebat ini akan dilupakan kelak.

Namun, di sebalik kemasyuran nama P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh, pasti ramai yang tidak tahu bahawa tidak semua filem beliau ditayangkan di kaca TV.

Menerusi perkongsian salah seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Danial Aziz Ahamd, terdapat lima buah filem lakonan dan arahan beliau yang tidak ditayangkan sehingga ke hari ini atas beberapa sebab.

Jom SinarPlus kongsikan filem apakah yang dimaksudkan dan kenapa ia tidak ditayangkan.

1.Bakti (1950) arahan L. Krishnan

5 filem karya P. Ramlee tidak dapat ditayangkan di kaca TV, banyak sebab yang ramai tak tahu

Filem pertama yang menampilkan P. Ramlee sebagai hero. P. Ramlee berlakon sebagai Nasir dan nama ini juga diberikan kepada anaknya yang dilahirkan pada tahun 1953. Heroin filem ini adalah Kasma Booty.

Filem bakti mendapat nasib yang sama seperti filem Melanchong Ka-Tokyo dan Sitora Harimau Jadian yang mana salinan asal filem tersebut didakwa telah hilang.

Atas sebab itu ia tidak lagi ditayangkan sehingga ke hari ini.

2. Gelora (1970) arahan P. Ramlee

5 filem karya P. Ramlee tidak dapat ditayangkan di kaca TV, banyak sebab yang ramai tak tahu

Dilakonkan oleh Sarimah, Arman Yadi, Isma Rubee dan P. Ramlee. Filem ini agak kontroversi kerana memaparkan babak-babak intim yang hanya sesuai ditonton oleh penonton dewasa.

Filem Gelora mengandungi unsur seks yang hanya sesuai ditonton oleh penonton dewasa. Jadi tidak hairanlah ia tidak keluar di kaca TV.

3. Sabarudin Tukang Kasut (1966) arahan P. Ramlee

5 filem karya P. Ramlee tidak dapat ditayangkan di kaca TV, banyak sebab yang ramai tak tahu

Filem ini berkonsepkan kisah ‘1001 Malam’ dan bercorak komedi. Ia mengandungi banyak sindiran tajam kepada pemerintah. Namun, ia boleh dijadikan iktibar untuk menjalani kehidupan yang lebih baik di muka bumi ini.

Menurut sumber, salinan filem Sabarudin Tukang Kasut pula berada dalam kualiti yang agak rendah.

Tahap audio dan visualnya sangat menyedihkan. Dalam VCD originalnya tertulis “Keadaan Gambar & Suara Kurang Memuaskan. Harap Maaf.”

Iklan

4. Melanchong Ka-Tokyo (1964) arahan Ramon A. Estella

5 filem karya P. Ramlee tidak dapat ditayangkan di kaca TV, banyak sebab yang ramai tak tahu

Filem Melayu pertama yang dibuat penggambaran di Tokyo, Jepun. Sebagai tarikan, filem ini telah dibuat dalam bentuk tatawarna (Eastmancolor).

Mastercopy filem Melanchong Ka-Tokyo dipercayai telah musnah dalam satu peristiwa banjir di studio Jalan Ampas pada tahun 1966.

5. Sitora Harimau Jadian (1964) arahan P. Ramlee

5 filem karya P. Ramlee tidak dapat ditayangkan di kaca TV, banyak sebab yang ramai tak tahu

Filem arahan pertama P. Ramlee di Kuala Lumpur setelah berhijrah dari Singapura. Filem ini bercorak seram inspirasi daripada filem Werewolf of London (1935).

Idea membuat filem ini tercetus selepas P. Ramlee melawat studio Merdeka yang terletak di sebelah Zoo Negara.

Iklan

P.Ramlee berkata: “Studio pula dalam kandang zoo. Silap-silap harimau terlepas, habis dingapnya! Kalau buat gambar si ‘tora’ memang bagus.”

Tora (虎) bermaksud ‘harimau’ dalam bahasa Jepun.

Sitora Harimau Jadian dipercayai mempunyai unsur tahyul yang keterlaluan. Salinan filem ini juga dipercayai telah lenyap tanpa sebarang jejak sehingga ke hari ini.

Sumber : Twitter Danial Azizi Ahmad