5 filem Korea tentang kekeluargaan yang wajib best ditonton

5 filem Korea tentang kekeluargaan yang wajib best ditonton
5 filem Korea tentang kekeluargaan yang wajib best ditonton
A
A
A

RAMAI yang skeptikal bila dengar tentang filem Korea. Filem Korea tidak selalunya tentang percintaan antara lelaki dan wanita. Ada banyak juga filem Korea yang berkisahkan kekeluargaan.

Ini antara lima filem Korea yang wajib tonton yang bertemakan kekeluargaan. Anda pasti akan menghargainya.

1. My Annoying Brother

Foto: koreanupdates.com

Mengisahkan tentang Ko Doo Young yang merupakan atlet sukan judo yang tercedera ketika dalam pertandingan sehingga mengakibatkan dirinya buta. Manakala Ko Doo Sik pula berada dalam penjara atas tuduhan menipu dan dia menggunakan alasan untuk menjaga adiknya yang buta untuk keluar dari penjara dengan lebih cepat.

Akhirnya Ko Doo Sik dilepaskan dengan syarat dirinya harus menjaga adiknya yang buta untuk tempoh satu tahun.

Ko Do Young yang bencikan abangnya tidak menerima kehadiran Ko Doo Sik dan membuat pelbagai karenah untuk menyusahkan abangnya. Tapi Ko Doo Sik tidak mudah mengalah dengan perbuatan adiknya itu.

2. Daddy You, Daughter Me

Ayah dan anak ini sering bertengkar kerana si anak merasakan yang ayahnya tak pernah cuba untuk memahaminya dan ayahnya pula merasakan anaknya tidak pernah mendengar cakap.

Sehingga satu hari mereka bertukar badan dan mula mengerti satu sama lain dan cuba atasi masalah yang dihadapi bersama-sama.

3. Inseparable Bros

Inseparable Bros bercerita mengenai Seha dan Donggoo. Mereka tidak memiliki hubungan darah, namun mereka sudah merasa menjadi seperti adik-beradik selama 20 tahun.

Seha adalah lelaki pintar, tetapi dia mempunyai kecacatan fizikal. Sebaliknya, Donggoo tidak begitu pintar, tetapi dia mempunyai keadaan fizikal yang sangat baik.

Perbezaan itu menjadikan hubungan mereka lebih dekat. Mereka sering bekerjasama untuk melakukan sesuatu.

Suatu hari, mereka bertemu seorang wanita bernama Mihyun. Mihyun merupakan satu-satunya orang yang tidak pernah memandang rendah terhadap mereka berdua. Bahkan, Mihyun sendiri membantu mereka berdua keluar dari dunia kelam tersebut.

4. Miss Granny

Filem genre fantasi ini menceritakan tentang Oh Mal Soon yang berusia 74 tahun berubah menjadi muda selepas mengunjungi sebuah studio gambar.

Dengan menggunakan nama Oh Doo Ri dia nenjalani kehidupan sebagai orang muda tanpa sebarang masalah, kerana pada masa dahulu dia menghabiskan masa mudanya dengan menjaga anak selepas suaminya meninggal.

Filem ini bercerita tentang cinta seorang ibu kepada anak yang tak pernah lekang, meskipun dirinya disia-siakan. Baginya, anak dan cucu adalah hal terpenting dalam hidup yang harus diutamakan.

5. Miracle of Giving Fool

Filem Korea yang wajib ditonton ini mengisahkan Jee In yang malu mempunyai abang yang berperangai seperti kanak-kanak dan sering diejek oleh orang sekeliling.

Walaupun abangnya Sang Ryong berkelakuan seperti kanak-kanak, dia merupakan seorang abang yang bertanggungjawab dan menjaga adiknya sejak ibu mereka meninggal.

Dia bekerja menjual roti berdekatan dengan sekolah Jee In dan menyimpan hasil jualan untuk keperluan Jee In. Dia juga tidak pernah lupa menyediakan sarapan untuk adiknya walaupun tidak pernah dimakan.

Ketika Jee In jatuh sakit, Sang Ryong yang menjaga dan sanggup berkorban nyawa untuk menyelamatkan adiknya yang tengah sakit.

Penulis : NURUK ADRIANA AMIR

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca