KETIKA ini kita masih lagi duduk di rumah angkara wabak Covid-19. Tahniah kepada anda yang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dijadualkan sehingga 14 April ini. Teruskan berada di rumah.

Selepas melakukan perkara-perkara penting yang lain, masa ruang yang ada apa kata tonton filem mengenai penularan wabak penyakit yang cukup menginsafkan ini.

1. The flu (2013)

5 filem yang mengisahkan virus pandemik

Filem Korea Selatan ini mengisahkan tersebarnya virus H5N1 di Seongnam, Korea Selatan. Virus yang tersebar telah membunuh mangsa dalam masa 36 jam di daerah Bundang. Di daerah ini terdapat hampir 1 juta penduduk dan hampir semua daripada mereka telah dijangkiti.

Di dalam filem ini terdapat babak mangsa telah dikuarantin, tidak ubah seperti apa yang berlaku dalam dunia sebenar hari ini. Filem arahan Kim Sung-Su ini dibintangi oleh Jang Hyu dan Soo Ae.

2. Contagian (2011)

5 filem yang mengisahkan virus pandemik

Contagion adalah filem yang paling dekat dengan situasi Covid-19 sekarang. Ia mengisahkan wabak yang berjangkit melalui sentuhan tangan, muka atau hidung.

Virus misteri di dalam filem ini juga tidak mempunyai vaksin. Virus ini tidak menunjukkan sebarang simptom awal dan turut merebak dengan pantas di seluruh dunia.

3. 28 days later (2002)

5 filem yang mengisahkan virus pandemik

Jim (Cillian Murphy) terjaga daripada koma yang panjang dan apabila dia sedar, bandar London di mana dia membesar telah mengalami kehancuran dan keadaan menjadi porak-peranda.

London telah dipenuhi dengan makhluk separuh manusia yang ganas disebabkan penularan virus Rage, yang merubah sifat manusia normal menjadi pembunuh yang berbahaya.

Kemudian dia bertemu dengan orang-orang terselamat yang lain, Mark (Noah Huntley) dan Selena (Naomie Harris). Mereka bersama berusaha mencari jawapan dan perlindungan. Filem ini mempunyai sambungan bertajuk 28 Weeks Later yang dibintangi Idris Elba.

4. Train to Busan (2016)

5 filem yang mengisahkan virus pandemik

Iklan

Filem Korea Selatan ini dikatakan antara filem terbaik yang pernah dihasilkan.

Ia mengisahkan seorang ahli perniagaan, Seok-woo (GongYoo) bersama anak perempuannya, Su-an (Kim Su An) menaiki keretapi ke Busan ketika wabak ini mulai merebak ke Korea Selatan.

Sementara keretapi yang dinaiki mereka itu menuju laju keluar dari Seoul, segala-galanya menjadi kacau-bilau apabila jangkitan itu telah berjangkit di salah seorang penumpang dan merebak kepada penumpang yang lain.

5. Outbreak (1995)

5 filem yang mengisahkan virus pandemik

Iklan

Dibuat oleh pengarah terkenal Wolfgang Petersen, filem tahun 1995 ini membawakan kisah tentang penyebaran sejenis virus yang digelar sebagai motaba. Diinspirasikan daripada insiden penyebaran wabak ebola yang masih berterusan sehingga kini.

Virus motaba mula tersebar selepas seekor monyet liar daripada hutan telah dibawa masuk ke Amerika Syarikat. Namun monyet tersebut dilepaskan semula ke hutan kerana tiada pembeli.

Virus yang ada pada monyet tersebut bagaimanapun telah menjangkiti individu terakhir yang melepaskan monyet tersebut dan turut mengjangkiti orang lain.

Penulis: Fatin syazwani mohd hanif