Berita baik! BKM dinaikkan sehingga RM2,000 dalam Belanjawan 2023, 5 fakta wanita perlu tahu

6
6
A
A
A

BERITA baik buat penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Ia yang mula diperkenalkan menerusi Belanjawan 2022 terus ditambah baik demi kesejahteraan rakyat.

Baca juga: Bayaran BKM Fasa 3, rayuan mulai 20 September, 5 info wanita perlu tahu

Dalam pembentangan Bajet 2023, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengumumkan lima info berikut yang wanita perlu tahu:

1-Beberapa isi rumah berpendapatan RM2,500 atau kurang atau yang menanggung lima orang anak layak untuk menerima BKM sebanyak RM2,500.

2-Bagi isi rumah yang menanggung sehingga empat orang anak layak untuk menerima BKM antara RM1,000 hingga RM2,000.

3-Kepada isi rumah berpendapatan RM2500 hingga RM5,000, mereka layak menerima RM500 hingga RM1,250 bergantung bilangan anak.

Baca juga: Cepat! Rayuan BKM boleh dibuat online, kaunter berakhir 2 Jun ini

4-Pemberian bantuan BKM keseluruhannya akan memberi manfaat kepada 8.7 juta penerima melibatkan peruntukan sebanyak RM7.8 bilion.

5-Bantuan tunai langsung tersebut disediakan kerajaan dalam Bajet 2023 itu diumumkan beliau sebagai usaha kerajaan dalam meringkankan beban rakyat yang menyara ramai anak.

Diharap BKM yang diterima digunakan sewajarnya untuk meringankan beban yang dipikul setiap keluarga terutamanya pada fasa pemulihan selepas pandemik sedang dilalui kini.

Baca juga: Bajet 2022: 7 info Bantuan Keluarga Malaysia, yang layak bakal terima RM2,000

Sumber: Berita RTM

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca