5 perkara mampu mempengaruhi mimpi. Hati-hati dengan no.4
MENERUSI maksud Dewan Bahasa dan Pustaka, mimpi membawa makna sesuatu yang terlihat atau dialami dalam tidur.
Sesetengah juga percaya setiap daripada mimpi itu mempunyai maksud atau mesej tersirat yang ingin memberi pesanan kepada kita.
Ada juga yang berasa yakin bahawa manusia dapat berhubung dengan alam ghaib menerusi mimpi.
Kadangkala mimpi ini boleh menyebabkan seseorang itu berasa cemas, berpeluh dan gelisah selepas terjaga dari tidur.
Mereka juga akan terbawa-bawa dengan mimpi sehingga menjejaskan kualiti kerja dan menjejaskan aktiviti harian.
Bagaimanapun terdapat beberapa perkara yang boleh mempengaruhi mimpi. Justeru, berikut Sinarplus kongsikan lima perkara yang dipetik daripada sumber CNN Indonesia:
1. Makanan
Mungkin hal ini agak sukar untuk dipercayai, tetapi jelasnya makanan dapat mempengaruhi jenis mimpi yang bakal anda alami.
Pengambilan makanan manis atau pedas dipercayai antara pendorong kepada mimpi buruk.
Memakan hidangan yang manis sebelum tidur menyebabkan kadar gula meningkat dalam darah.
Begitu juga dengan pengambilan makanan pedas yang boleh juga menyebabkan gangguan pencernaan dan pedih ulu hati.
Sebaiknya jangan ambil makanan yang terlalu berat sebelum tidur sekurang-kurangnya tiga atau empat jam.
2. Aroma
Bau yang menyenangkan bukan sahaja dapat memberikan ketenangan, malah ia juga dapat mempengaruhi mimpi anda.
Selain membantu individu yang mengalami kesukaran untuk tidur, bau wangian seperti bunga-bungaan dapat mewujudkan mimpi indah.
3. Posisi tidur
Kelihatan remeh, tetapi posisi tidur antara perkara yang boleh mempengaruhi mimpi baik atau buruk termasuk bermimpi melakukan hubungan intim dengan individu lain.
4. Filem seram
Bagi mengelakkan daripada mimpi buruk, sebaiknya elakkan daripada menonton naskhah seram tidak mengira sama ada filem mahupun drama.
Hal ini terutama bagi mereka yang lemah semangat. Bukan sahaja menonton, malah membaca bahan bacaan seram juga perlu dielakkan.
Oleh itu pihak bahan hiburan yang lebih ringan dan santai sebelum tidur agar pemikiran lebih tenang selain tidak terbawa-bawa dalam mimpi.
5. Rasa lapar
Sebaiknya jangan tidur dalam keadaan anda sedang lapar. Ini kerana kadar kalori dalam badan akan mempenyaruhi paras gula dalam darah sehingga boleh menyebabkan terjadinya mimpi di luar jangkaan.
Oleh itu, jangan lupa untuk makan, tetapi harus diingatkan agar tidak berlebihan sehingga mampu menjejaskan proses pencernaan.
Ringkasnya, setiap daripada mimpi itu membawa maksud tersendiri. Tidak mengira sama ada mimpi buruk ataupun baik, sebaiknya berdoa kepada TUHAN agar diberikan petunjuk dan diberikan rahmat dan reda atas takdir-NYA.
Sumber: CNN Indonesia
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang