5 syarikat gergasi dermawan Malaysia tampil hulur bantuan Covid-19
PELBAGAI usaha dilakukan oleh pihak kerajaan bagi menangani wabak Covid-19 supaya tidak terus menular.
Antara usaha yang dilakukan kerajaan adalah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion bagi meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat.
Selain dari meringankan beban rakyat, secara tidak langsung apa yang berlaku kini juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada pihak kerajaan.
Manakan tidak, kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja yang agak besar dan RM250 billion itu bukan satu angka yang sedikit nilainya.
Menyedari beban yang terpaksa dipukul kerajaan, beberpa syarikat gergasi di Malaysia tampil memberikan sedikit sumbangan buat kerajaan menerusi tabung Covid-19 yang telah dilancarkan sebelum ini.
Syarikat yang terlibat dengan nilai sumbangan yang diberikan adalah seperti berikut :
1. Syarikat Naza Corporation Holdings Sdn Bhd
Diwakili Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Naza Corporation Holdings, SM Nasaruddin SM Nasimuddin menyumbangkan RM1.25 juta.
2. Puncak Niaga Holdings Berhad
Pengerusi Eksekutifnya Tan Sri Rozali Ismail dan E-Idaman Sdn Bhd menerusi Pengarahnya Zaim Husni Omar masing-masing menghulurkan sumbangan RM1 juta.
3. Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA)
Persatuan Pengimport dan Penjual Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) itu diwakili oleh yang diwakili Datuk Zainuddin Abd Rahman selaku Presiden dan Leong Hup International Berhad juga masing-masing menyumbangkan RM500,000.
4. Leong Hup International Berhad
Diwakili oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Francis Lau turut menyumbang dua buah ventilator.
5. The Edge Media Group menerusi
Penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Ho Kay Tat menyumbangkan peralatan dan keperluan kesihatan Covid-19 bernilai RM21 juta.
Ini menjadikan jumlah sumbangan wang terkumpul termasuk geran kerajaan adalah sebanyak RM14.20 juta.
Tabung Covid-19 dilancarkan pada 11 Mac lepas sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang