50 aktiviti bersama keluarga boleh dilakukan di rumah sepanjang musim wabak

aktiviti
aktiviti
A
A
A

PADA musim wabak ini, eloklah hanya duduk di rumah. Tidak perlulah keluar ke tempat-tempat tumpuan awam bagi mengelakkan sebaran penyakit berjangkit terutama jangkitan koronavirus Covid-19.

Bagaimanapun sudah tentu terperap di rumah tanpa melakukan sebarang aktiviti boleh mengundang rasa bosan, terutamanya kepada anak-anak.

Justeru, barangkali himpunan sebahagian aktiviti keluarga di rumah yang dipetik daripada laman web familyeguide.com/ dan rangkuman perkongsian lain boleh membantu.

Cabar anak-anak untuk melakukan satu aktiviti yang sesuai. Itu juga kaedah yang bagus untuk belajar beberapa permainan dan aktiviti baharu, sambil mengisi momen rasa bosan mereka:

1) Bermain belon air

2) Menangkap dan mengumpulkan serangga dan kumbang di rumah. Awas jangan terpegang pula jenis yang berbisa.

3) Memandikan kucing atau anjing

4) Membasuh kereta

5) Mengecat luar atau dalam rumah

6) Berkebun

7) Kem di belakang rumah

8) Membina rumah burung

9) Membuat bot kertas dan bermain dalam air

10) Menghantar poskad kepada keluarga & rakan-rakan

11) Lukisan jari

12) Buat play-doh sendiri

13) Buat kalung daripada manik atau pasta

13) Tulis autobiografi

14) Bermain buih sambun

15) Bermain Hula Hoops

16) Dekorasi semula bilik tidur anda

17) Melihat awan

18) Saling bercerita

19) Pertunjukan bakat di laman rumah

20) Belajar Dance Line

21) Buat rumah kad atau daripada kayu terpakai

22) Main sembunyi dan cari

23) Bermain dodge ball

24) Belajar trik yoyo

25) Buat wayang kulit bayangan

26) Berkelah di ruang tamu

27) Bermain permainan bertepuk tangan seperti Miss Mary Mack

27) Bermain kad (Crazy 8s, War, Rummy)

28) Tonton filem lama atau lihat gambar lama

29) Membuat dan terbangkan layang-layang

30) Belajar bahasa isyarat

31) Memasak beberapa hidangan untuk jiran anda

32) Mainkan catur atau dam

33) Memanjat pokok

34) Ujian rasa pelbagai minuman dan makanan dengan menutup mata

35) Menyelesaikan teka-teki silang kata atau carian perkataan

36) Buat kraftangan kegemaran

37) Main hangman atau tic-tac-toe

38) Bersenam tarian atau zumba

39) Main permainan dalam talian percuma

40) Buat piza buatan sendiri

41) Pertaruhan lengan

42) Mewarnakan rambut

43) Menyusun teka-teki

44) Main "20 soalan"

45) Buat sesuatu dengan manik

46) Mainkan alatan muzik/ karaoke

47) Bermain pingpong

48) Mencuba hidangan menu yang belum pernah dicuba

49) Mencabut rumput di pasu atau laman

50) Mengemas rumah atau bersihkan habuk di siling, kipas dan pendingin hawa

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca