PANDEMIK Covid-19 sedikit sebanyak telah mengubah corak hidup masyarakat hari ini dari pelbagai aspek.

Ini termasuklah aspek perkahwinan. Jika dahulu meriah dan ada yang berlebih-lebihan mewah namun kini segalanya terhad.

Ada juga hajat bakal pengantin terkubur apabila terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan berikutan PKP yang kini masih berlanjutan.

Seperti yang berlaku di Indonesia dilaporkan oleh Liputan6.com, Jakarta, beberapa pasangan telah mengambil keputusan untuk menangguhkan majlis pernikahan mereka.

Namun, dengan pertimbangan berbagai aspek, ada juga pasangan yang tetap meneruskan majlis perkahwinan mereka.

Melihat fenomena tersebut, para MUA (Make up Artist) mengambil inisiatif membuat topeng muka yang bersesuaian untuk digunakan pada hari pernikahan bakal pengantin.

Berbeza daripada topeng muka biasa, pengantin perempuan akan menggunakan topeng muka yang direka khas dengan ukiran yang cantik.

Oleh yang demikian, si pengantin akan tetap tampil mempersona di hari istimewanya.

Sinar Plus kongsikan enam gaya si pengantin dengan rekaan corak topeng muka yang unik dan cantik :

1. Topeng muka dengan ukiran khas di ukir sempurna.

6 gaya unik topeng muka untuk bakal pengantin

2. Menggunakan topeng muka berbentuk siger dengan kemasan warna emas, membuat pengantin wanita ini terlihat elegan dan mewah.

6 gaya unik topeng muka untuk bakal pengantin

3. Ketika akad nikah, pengantin wanita juga boleh menggunakan topeng muka berwarna putih dengan ukiran yang bersahaja dan ringkas.

Iklan

6 gaya unik topeng muka untuk bakal pengantin

4. Bukan hanya sekadar topeng muka, pengantin ini terlihat memukau dengan memakai topeng muka yang mengandungi berlian di tengahnya.

6 gaya unik topeng muka untuk bakal pengantin

5. Topeng muka pengantin wanita ini terlihat glamor dan mewah dengan gabungan warna biru dan emas.

Iklan

6 gaya unik topeng muka untuk bakal pengantin

6. Menggunakan baju pengantin lengkap, penampilan wanita ini tetap cantik dengan topeng muka berwarna putih dengan hiasan mutiara.

6 gaya unik topeng muka untuk bakal pengantin

Sumber : Liputan6.com, Jakarta