BARU-BARU ini tular di media sosial dengan berita mengenai haiwan dijangkiti Covid-19. Satu kes yang dilaporkan di Belgium yang mana seekor kucing telah didapati positif Covid-19 yang dijangkiti daripada tuannya.

Kemudian, di New York, seekor harimau Malaya juga telah positif setelah dijangkiti penjaga zoo.

Kedua-dua berita itu menimbulkan 1001 persoalan bagaimana pula keadaan haiwan peliharaan mereka?

6 perkara pemilik haiwan perliharaan perlu tahu tentang Covid-19

Ada juga yang mula risaukan haiwan peliharaan mereka yang mungkin akan terkesan dengan penularan wabak ini.

Susulan kejadian tersebut, Jabatan Perkhidmatan Veterinar tampil menjelaskan yang mana haiwan peliharaan bukan penyebar virus Covid-19.

Berasaskan penemuan saintifik semasa, walaupun haiwan kesayangan boleh dijangkiti Covid-19 namun ia tidak berbahaya kerana virus ini menyebabkan jangkitan yang ringan pada haiwan itu.

6 perkara pemilik haiwan perliharaan perlu tahu tentang Covid-19

Iklan

Kenyataan ini adalah berasaskan penemuan saintifik semasa. Berikut Sinar Plus kongsikan rumusan kenyataan yang dikongsikan oleh Jabatan Veterinar berkenaan isu tersebut:

  1. Virus yang ada pada haiwan berada dalam jumlah yang rendah untuk disebarkan kepada manusia. Jadi, ia tidak bahaya buat masa sekarang!
  2. Jangkitan Covid-19 pada manusia amat tinggi tetapi kes berkaitan haiwan kesayangan adalah terpencil kerana ia didapati tidak boleh dijangkiti secara semula jadi.
  3. Sehingga kini, punca jangkitan pada haiwan adalah daripada manusia.
  4. Bagi pemilik haiwan yang mengesyaki dirinya dijangkiti Covid-19 perlu mengasingkan diri daripada haiwan kesayangan untuk mengelakkan ‘in contact’.
  5. Mereka juga perlu mengamalkan kebersihan diri dan keperluan kebajikan haiwan juga tidak diabaikan.
  6. Tidak perlu menjalankan ujian pengesanan virus terhadap haiwan kesayangan.

Oleh itu, orang ramai diminta untuk tidak gusar dan bimbang kerana haiwan peliharaan bukan penyebar virus Covid-19.

Sinar Plus berharap dengan penjelasan dan perkongsian ini orang ramai tidak lagi panik dan boleh menarik nafas lega terutama bagi mereka yang memiliki haiwan peliharaan di rumah.

Iklan

Jadi, #juststayathome #janganputusasamalaysia