6 perkara tanda korang telah matang urus wang

A
A
A

APABILA bercakap tentang wang, ramai orang di sekeliling kita akan mengeluh kerana bebanan sara hidup kini yang makin mencabar.

Oleh demikian, kebanyakkan daripada kita akan melakukan lebih daripada satu kerja atau bekerja lebih masa, bagi menjana pendapatan tambahan.

Namun, ada juga dalam kalangan kita yang berpendapatan sederhana, tetapi boleh hidup dengan tenang dan bahagia.

6 perkara tanda korang telah matang urus wang

Golongan tersebut dianggap telah matang dalam menguruskan kewangan.

Berikut petanda-petanda yang menunjukkan seseorang itu sudah matang menguruskan kewangan.

  1. Utamakan kebahagiaan berbanding kemewahan

Korang sudah rasa cukup dengan apa yang dimiliki asalkan diri dan keluarga bahagia. Itulah aspek paling penting dalam hidup. Bagi kalangan ini, tidak perlu kalau rumah sebesar alam tapi tiada kebahagiaan. Betul tak?

Jika perasaan ini sudah terbit dalam diri maknanya korang sudah memasuki fasa matang peringkat awal tanpa korang sedar. Tahniah!

2. Tak berhutang untuk bermewah

Apabila sudah matang menguruskan kewangan korang sudah tidak terhegeh-hegeh untuk menayangkan kemewahan. Apatah lagi berhutang keliling pinggang semata-mata untuk nampak mewah.

Ingat, tak ada gunanya kita menayangkan kemewahan jika setiap bulan terpaksa ikat perut dan berjimat semata-mata untuk melunaskan pinjaman bank.

3. Tak pandang rendah orang lain

Sesetengah orang yang sudah berjaya dan kaya suka memandang rendah orang lain yang berpendapatan rendah.

Pernahkah korang temui rakan-rakan yang mengajak untuk ceburi perniagaan dengan meremehkan orang miskin? Jika ada, jauhilah mereka kerana itu bukanlah petanda orang yang matang menguruskan kewangan.

4. Lebih ‘low profile’

Korang mula berhenti menunjukkan kemewahan dan harta-benda yang dimiliki. Ini kerana korang tahu lagi ramai orang yang kurang bernasib baik di luar sana. Tampil lebih ‘low profile’ dan sederhana itu lebih baik.

5. Tahu bezakan kehendak dan keperluan

Seseorang yang pandai uruskan kewangan akan tahu membezakan apakah itu kemahuan dan keperluan. Tidak salah jika korang ada kemahuan akan tetapi usahlah melebihi daripada keperluan.

6. Tak mudah terpengaruh

Ini penyakit paling bahaya! Kalau setiap masa nak ikut trend sampai bila pun tak akan habis. Korang pun sudah tidak terikut-ikut dengan orang lain berlumba-lumba nak nampak paling bergaya dan mewah.

Bak kata pepatah melayu, “ukur baju di badan sendiri”! Jadi, fikir-fikirkanlah yer. Semoga bermanfaat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca