6 tip jawab soalan tentang kerjaya jika tetamu tanya ketika datang beraya.
KALAU sudah namanya berkumpul bersama saudara-mara dan ahli keluarga yang besar, sudah pasti kita tidak akan terlepas dengan pertanyaan ‘cepumas’ yang diberikan mereka.
Isu-isu sebegitu memang kerap kali dilontarkan dan ada sesetengah kita sebenarnya tidak berapa selesa.
Menurut Kompas, antara soalan yang popular yang akan kerap ditanya adalah:
i) Apa yang anda lakukan sekarang?
ii) Gaji berapa?
iii) Di manakah tempat kerja sekarang?
Buat mereka yang sudah mempunyai kerjaya yang baik, pasti tiada masalah untuk menjawab persoalan itu.
Pun begitu, ia menjadi satu masalah dan boleh membuatkan seseorang serba salah untuk menjawabnya jika secara kebetulan mereka baru habis belajar, baru nak mencari kerja atau hilang pekerjaan.
Pun demikian, jangan terlalu merasa rendah diri atau kecil hati.
Berikut tip yang dikongsikan oleh laman web berkenaan seandainya anda ditanya dengan soalan-soalan yang kadangkala 'tidak enak' didengar itu:
1. Berikan alasan
- Kita mesti boleh meneka saudara yang akan bertanyakan soalan-soalan seperti itu. Maka, jawab dengan berhemah dan berhati-hati serta menyusun ayat dengan kemas.
- Pertama, jawab bahawa anda menghargai soalan tentang pekerjaan kerana mungkin ia sebagai bentuk keprihatinan.
- Kemudian, beritahu bahawa anda sedang mencari pekerjaan dan akan memaklumkan sekiranya diterima.
- Memandangkan musim cuti, boleh juga beritahu bahawa anda lebih suka meluangkan masa bersama keluarga berbanding fokus mencari pekerjaan.
- Nasihat itu diberikan oleh Penulis Resume Profesional, Debra Wheatman.
- Selepas itu, tanya kepada saudara kita apakah yang sedang dilakukan saudara kita dan perkara yang berlaku dalam hidupnya.
2. Menghargai soalan yang diberikan
- Sememangnya soalan berkenaan pekerjaan itu sangat tidak selesa, tetapi kita harus sentiasa kekal positif.
- Anggap sahaja ia sebagai satu bentuk keprihatinan mereka untuk membantu kita.
- Tidak salah untuk mendoakan ahli keluarga berjaya dalam kerjaya juga kan?
3. Ucapkan terima kasih dan minta bantuan
- Mungkin ada yang bertanya persoalan ‘Apa yang awak buat sekarang?’ mempunyai niat yang baik.
- Walaupun ada yang sudah bosan mendengar soalan itu setiap tahun, tetapi berterima kasih kepada mereka yang selalu bertanya.
- Beritahu mereka bahawa mencari pekerjaan adalah satu perjuangan dan bukanlah sesuatu yang mudah.
- Merujuk Pengarang buku, Amanda Haddaway, daripada berkecil hati, lebih baik jika mengambil kesempatan melalui hubungan saudara-mara kita.
- Berkemungkinan mereka juga mempunyai maklumat tentang kerja kosong yang sepadan dengan kepakaran yang kita ada.
- Kata Haddaway, mereka juga ingin membantu tetapi tidak tahu cara yang sesuai. Jika anda boleh menjadikan mereka sebagai peluang untuk mencari pekerjaan, ia boleh menjadi win-win situation.
4. Jawab secara ringkas
- Tidak salah memberi jawapan secara terus apabila ditanya berkenaan kerjaya.
- Berikan jawapan ringkas tetapi memuaskan hati semua pihak.
- Pun begitu, berhati-hati juga apabila berbicara. Ia boleh menjadi perbualan yang lebih panjang dan mereka akan ingin tahu lagi berkenaan jawapan yang diberikan anda.
- Nasihat tersebut diberikan oleh Jurulatih Kerjaya Kepimpinan dan Pengurusan, Dorothy Tannahill-Moran.
- Selain itu, anda juga boleh memberikan jawapan seperti yang disarankan Penulis Resume, Don Goodman. Jawab beliau: “Semuanya berjalan lancar tetapi saya memilih dengan siapa saya hendak bekerja dan setakat ini belum menemui syarikat yang sesuai."
5. Jangan terlalu berterus-terang
- Kadangkala, kita juga suka berbual banyak perkara tentang hal peribadi termasuk juga dalam soal pencarian pekerjaan.
- Bagaimanapun, setiap perkara ada hadnya dan tidak perlu menjelaskan perkara yang tidak seharusnya diperkatakan.
- Eksekutif Jurulatih Pencari Kerja, Cheryl Simpson berkata, cukup hanya memberitahu saya sedang mencari pekerjaan yang bagus dan sedang mengejar peluang yang menarik.
Baca juga Penyampai radio, Diyana Hashim jadikan kerjaya sebagai tempat 'didik' penjagaan kesihatan mental
6. Fikirkan daripada perspektif penyoal.
- Kita mungkin boleh meletakkan diri di tempat mereka yang bertanya mengenai pekerjaan supaya jawapannya lebih ikhlas.
- Apa kata kita tanya mereka sekiranya mereka mempunyai kenalan yang boleh dihubungi daripada syarikat yang kita cari.
- Mana tahu mereka boleh membantu dan mempunyai cadangan yang lebih baik untuk kita.
Bila baca semua tip yang dicadangkan, memang sangat membantu kita memberi jawapan yang santai dan lebih sopan.
Pun begitu, SinarPlus harap musim perayaan ini janganlah bermasam muka jika ditanya soalan-soalan panas. Kekal positif dan mungkin ada rezeki yang lebih baik menanti anda.
Ingat, rezeki setiap orang tidak sama. Semoga kita dipermudahkan dalam setiap urusan.
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang