7 cara jaga peti ais supaya tidak mudah rosak

No Image Caption
A
A
A

PETI sejuk merupakan satu keperluan yang harus ada dalam rumah. Tak kisah kecil atau besar, yang penting wajib ada. Kalau tak ada, macam mana nak simpan lebihan makanan kan?

Sinar Plus kongsikan tip penjagaan peti ais yang mudah agar ia berfungsi dengan lebih baik dan tahan lama.

1. Jangan buka peti ais lama-lama.

Jangan buka peti sejuk terlalu lama kerana udara sejuk akan keluar dan boleh meninggikan suhu di dalam peti sejuk sekaligus meninggikan penggunaan elektrik.

2. Bungkus makanan

Makanan segar digalakkan untuk dibungkus dengan kemas bagi mengelakkan peti sejuk jadi mudah berbau.

3. Jangan letak minuman atau makanan yang panas dalam peti ais.

Sejukkan makanan dan minuman panas terlebih dahulu sebelum diletakkan untuk menghindarkan pembentukkan bekuan.

4. Jangan letak muatan secara berlebihan 

Muatan yang berlebihan akan mengurangkan ruang udara dan menghalang udara sejuk beredar ke seluruh ruang peti sejuk.

5. Jangan cungkil ais

Jika berlaku timbunan ais atau frost di bahagian sejuk beku, jangan cungkil kerana dikhuatiri akan mengakibat bocor.

6. Jarakkan

Pastikan jarak di bahagian kiri kanan peti sejuk tidak terlalu rapat dengan dinding untuk melepaskan haba. Jauhkan daripada haba api atau panas matahari.

7. Soket tidak berkongsi

Pastikan soket tidak berkongsi dengan peralatan elektrik lain untuk mengelakkan arus elektrik berlebihan.

Jika berlaku putus bekalan, cabut dahulu plug soket supaya bekalan kembali. Ia juga tidak mengganggu sistem peti sejuk. Semoga bermanfaat!

PENULIS: NURUL ADRIANA

FOTO: CANVA

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca