7 tanda penting yang menyaksikan anda perlu mohon cuti daripada bekerja!

A
A
A

SEJAK pandemik Covid-19 menyerang Malaysia dan seluruh negara di dunia, satu masalah besar yang dihadapi oleh para pekerja adalah burnout meskipun bekerja dari rumah (BDR) !

Ya, BDR memang nampak mudah, tetapi tidak seperti yang digambarkan.

Sesetengah daripada kita beranggapan BDR lebih payah daripada kerja di ofis.

Apa sebabnya? Kadangkala ia berpunca daripada ketua yang mendesak dan tidak menaruh kepercayaan kepada anak buah.

Hal-hal lain disebabkan oleh terpaksa menjaga anak dan mengurus keluarga, di samping terus menghadap komputer untuk melakukan kerja-kerja pejabat.

Apabila terjadi hal seperti itu, kemungkinan isu kesihatan boleh terjadi seperti stres melampau.

Seorang ahli psikologi klinikal dari Indonesia, Desi Wulansari berkata kepada CNN Indonesia, keadaan pandemik kini sememangnya sangat mempengaruhi kesihatan mental pekerja.

Antaranya seperti peningkatan tekanan, kelelahan melampau, kegelisahan dan kemurungan.

Oleh itu, mengambil cuti bagi merehatkan diri boleh menjadi jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.

Ujar beliau, terdapat tanda-tanda jelas bahawa anda sememangnya perlu mengambil cuti daripada tempat kerja masing-masing. Berikut adalah situasi-situasinya:

i) Prestasi kerja menurun.

Menurut Desi, tanda yang paling jelas adalah berkaitan prestasi kerja.

"Jika ia merosot seperti hasil kerja tidak optimum, kesukaran semasa bekerja dan gagal menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan, itu bermaksud anda sangat memerlukan cuti untuk beberapa ketika.

"Kita harus tahu, mereka seolah-olah berubah secara mendadak melibatkan corak bekerja. Kemudian, dari segi sosial pula menjadi tidak selesa ketika bekerja dengan orang lain," kata Desi.

2. Kesukaran tidur.

Kesukaran untuk tidur atau bangun dengan keadaan kegelisahan berfikir panjang mengenai pekerjaan adalah tanda kepada tekanan.

Apabila kualiti dan kuantiti tidur menurun, kerja seharian akan diabaikan.

Jadi, sebaiknya berehat dalam tempoh yang cukup dan tingkatkan corak tidur sehingga kesihatan fizikal dan mental bertambah baik.

3. Mudah marah.

Tekanan juga disifatkan sebagai lebih reaktif atau mudah marah daripada kebiasaannya.

Sekiranya emosi anda hilang dan cepat marah, inilah masanya untuk meluangkan masa dan bertenang.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

4. Selalu melakukan kesilapan.

Tubuh yang letih akan membuat seseorang itu sukar untuk menumpukan perhatian dan fokus kepada tugasan.

Hasilnya, anda akan lebih cenderung melakukan lebih banyak kesilapan.

Contohnya, kesalahan ketika menghantar e-mel atau ralat semasa memasukkan data pelanggan.

Apabila anda melakukan terlalu banyak kesilapan, sudah tiba masanya untuk memberi rehat kepada diri sendiri.

5. Pertambahan berat badan.

Berat badan bertambah secara drastik, bermakna anda memerlukan cuti.

Ini kerana ia dikaitkan dengan peningkatan tahap tekanan selain seseorang itu malas bersenam.

Buktinya, pengamal senaman, Alex Tauber berkata, tekanan itu akan mencetuskan hormon kortisol sehingga boleh menjadikan metabolisme badan sangat perlahan dan perasaan lapar meningkat.

"Keadaan itu akan membuatkan anda makan lebih banyak sehingga berlaku peningkatan berat badan," katanya.

6. Kehilangan motivasi.

Kehilangan motivasi dan semangat saat bekerja juga petanda anda memerlukan cuti daripada tugasan.

Penting untuk diketahui, antara tanda-tanda seseorang itu telah kehilangan motivasi adalah:

1. Malas bekerja.

2. Menunda untuk bangun dari katil meskipun jam pengera sudah berbunyi.

3. Banyak menarik nafas panjang

4. Tidak sabar menanti hari hujung minggu.

7. Penggunaan doping.

Tuntutan kerja yang tinggi sering kali membuat orang mencari cara untuk lebih semangat atau rileks daripada segala tekanan.

Misalnya, menggunakan doping yang tidak sihat seperti alkohol dan pil tidur.

Baca juga: Kenali lebih mendalam tentang technostress dan sebab-sebab tercetusnya masalah tersebut

Oleh itu, jika semua petanda yang dinyatakan wujud pada diri anda, maka cepat-cepat isi borang cuti.

Bercutilah dengan melakukan aktiviti yang menyenangkan.

Berehat adalah formula terbaik meredakan stres agar keesokan harinya kita akan lebih bersemangat.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca