7 tip jaga bateri komputer riba agar tidak mudah rosak
PERNAH atau tidak anda berfikir atau tertanya-tanya mengenai bateri komputer riba (laptop) yang anda gunakan boleh rosak?
Baru sahaja buka laptop sejam sudah tinggal 10 peratus sahaja kuasa baterinya.
Jadi, hari ini SinarPlus ingin kongsikan 7 tip penjagaan bateri laptop agar tidak cepat rosak:
1. CAS BATERI LAPTOP BAHARU TERLEBIH DAHULU.
Penjagaan bateri laptop bermula sejak anda mula membeli bateri itu lagi, sama ada ketika membeli laptop baharu ataupun ketika membeli bateri baharu sebagai menggantikan bateri yang sudah rosak .
Biasanya, jika kita pergi ke kedai mesti orang kedai akan cakap, "laptop ini atau bateri laptop ini kena cas duhulu lapan jam jangan guna dulu” perkataan macam inilah yang selalu keluar dari mulut mereka.
Ramai di antara kita mengabaikannya sebab tidak sabar mahu guna benda baharu. Sama seperti telefon bimbit, bateri laptop juga perlu dicas sekurang-kurangnya lapan jam untuk pertama kali sebelum digunakan.
2. TERLEBIH CAS
Elakkan terlebih cas kerana ia boleh menyebabkan kepanasan dan mengurangkan kualiti bateri.
Cabut pengecas apabila indikator sudah menunjukkan bateri sudah 90 ke 100 peratus penuh.
3. JANGAN CABUT BATERI SESUKA HATI
Jangan cabut bateri ketika bateri sedang cas atau sedang menggunakan kuasa bateri. Pastikan, jika mahu cabut bateri pastikan laptop dalam keadaan shutdown (bukan sleep atau hibernate) atau cabut pengecas.
4. JANGAN BERMAIN DI ATAS PERMUKAAN FABRIK
Jangan menggunakan laptop di atas permukaan fabrik seperti tilam, bantal, selimut dan sebagainya kerana tindakan itu tidak baik untuk bateri dan laptop. Ia kerana kepanasan yang melampau boleh menyebabkan bateri lebih cepat rosak.
5. JANGAN BIARKAN BATERI ANDA 0 PERATUS ATAU 100 PERATUS JIKA DITANGGALKAN
Sekiranya anda tidak mahu menggunakan bateri untuk lebih dari satu minggu, pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 50 peratus kuasa dalam bateri itu.
Jika tinggalkan dengan kuasa yang penuh (100 peratus), bateri akan kembang dan tidak dapat menyimpan banyak kuasa.
Jika anda tidak menyimpan kuasa langsung (0 peratus), dikhuatiri bateri tidak boleh dicas semula.
6. JANGAN TERLALU KERAP CAS BATERI
Elakkan daripada selalu mengecas bateri.
Setiap bateri laptop mempunyai jangka hayat lebih kurang 300 ke 500 kitaran (cycle) cas.
Apabila anda menggunakan kuasa bateri penuh (100 peratus) sehingga habis (10 peratus) dan kemudian cas sehingga indikator menunjukkan bateri sudah penuh atau fully charged 100 peratus dikira satu kitaran (cycle) cas.
Anda dinasihatkan jangan menggunakan kuasa bateri sehingga habis sepenuhnya 0 peratus.
Tinggalkan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada kuasa yang ada.
Namun demikian, adalah lebih baik jika anda menggunakan bateri sehingga habis (10 peratus) dan cas sampai penuh (fully charged 100 peratus).
Ia dikira satu kitaran (cycle) daripada anda menggunakan bateri 50 peratus dan dicas semula, ini juga dikira satu kitaran (cycle).
7. ELAK DARIPADA PERSEKITARAN YANG PANAS
Bercakap suhu, pastikan anda tidak meninggalkan laptop atau bateri di dalam kereta yang panas sepanjang hari atau meletakannya di atas permukaan yang panas seperti desktop.
Oleh itu, semoga perkongsian di atas bermanfaat kepada semua pembaca. Selamat berehat!
Sumber: Telegram Petua dan Tip Sihat
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang