SAMA seperti serangga lain, semut memainkan peranan penting dalam ekosistem kita. Namun nampaknya ia akan menjadi masalah ketika menghuni dan ‘menyerang’ rumah tempat tinggal kita.

Terdapat banyak cara untuk nyahkan semut dari rumah secara semula jadi atau mengubah ‘jajahannya’ ke luar rumah.

Semut datang ke rumah kita mencari makanan. Sebab itulah ia lazimnya ada di dapur. Untuk memulakan proses penghapusan semut, pastikan terlebih dahulu jaga kebersihan dapur kita.

Lap permukaan lantai dan para. Bersihkan serpihan, titisan manisan atau apa sahaja sisa makanan. Selepas itu, periksa beberapa kaedah semula jadi ini untuk mengeluarkannya dan memastikan rumah kita bebas daripada semut.

Berikut cadangan Senior Biotechnology Executive, Julie Hambleton yang dikongsikan Case Western Reserve University:

1. Kayu manis

Semut sangat sensitif terhadap aroma, lebih-lebih ia tidak menyukai bau kayu manis. Terdapat beberapa cara menggunakan kayu manis bagi menghalang kelibat ‘mereka’:

– Taburkan kayu manis di sekitar pintu masuk ke rumah anda.
– Buat semburan minyak pati kayu manis (½ sdt minyak pati kayu manis untuk setiap satu cawan air). Semburkan di sekitar kawasan yang mana semut datang, cenderung berkumpul dan di mana sarangnya.
– Selain di pintu, boleh juga taburkan serbuk kayu manis di tingkap dan ruang-ruang berpotensi lain.

2. Boraks, Air, dan Gula

Walaupun semut menyukai gula, boraks adalah toksik bagi mereka. Semut pekerja akan mengambil umpan itu kembali ke koloni mereka dan memberikannya kepada permaisuri.

Boraks kemudian meracuni permaisuri dengan berkesan. Ketika riwayat permaisuri tamat, seluruh jajahan semut turut turun bersamanya. Inilah yang perlu dilakukan:

– Masukkan ½ cawan gula putih dan 1.5 sudu kecil boraks ke dalam balang.
– Tuangkan dalam 2 cawan air mendidih dan kacau sehingga campuran larut.
– Rendam bebola kapas di dalam campuran. Letakkan di kawasan mana semut masuk dan berkumpul di rumah.
– Boleh juga tambahkan asid borik ke sirap maple atau madu cair. Letakkan di permukaan rata.
Kaedah ini sangat berkesan tetapi memerlukan masa hingga 3 minggu sebelum permaisuri mati. Mungkin kita perlu melakukannya semula beberapa kali.

3. Lemon

Boleh juga gunakan lemon untuk memastikan semut tidak kelihatan.

– Jus Lemon: Semburkan jus lemon di pintu masuk dan lokasi digemari semut. Boleh campurkan minyak pati kayu putih.

4. Minyak Pudina

Dengan kayu manis, lemon dan minyak pati kayu putih, semut sememangnya tidak menyukai aroma! Sama ada semburan atau gunakan bola kapas yang direndam, boleh juga memilih untuk mencuci lantai dan pintu masuk dengan sabun wangi pudina untuk mengelakkan semut.

5. Bumi Diatom (DE)

Boleh ditemui di kedai perkakasan kebun. DE adalah serbuk yang selamat jika termakan oleh manusia dan haiwan peliharaan, tetapi boleh membawa maut kepada semut. Taburkan serbuk itu di sekitar lokasi berpotensi sehingga masalah diselesaikan.

Iklan

6. Cuka

Buat semburan menggunakan nisbah cuka dan air suling 1: 1. Sekiranya mahu, boleh tambahkan beberapa titis minyak pati lemon (atau minyak pati anti-semut yang terbukti). Semburkan di sekitar lokasi semut. Goncang dengan baik sebelum setiap penggunaan.

7. Air mendidih

Menuang air panas mendidih ke dalam lubang semut akan membunuh serangga itu. Ingatlah bahawa koloni semut sangat besar. Jadi sekali pun tidak semua, sebahagian besar koloni akan berjaya dimusnahkan. Untuk lebih berkesan, masak air panas dengan lada cayenne atau tambahkan bumbu lada cayenne.

Bagaimanapun, sebagai umat Islam, harus mempertimbangkan kenyataan tentang pendekatan di atas. Klik artikel berkaitan hadis di bawah tentang huraian larangan membunuh semut dengan cara ini

Iklan

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/1517-irsyad-al-hadith-siri-ke-32-kisah-nabi-sulaiman-dan-semut-dan-larangan-membunuh-semut

8. Sisa kopi

Setelah membuat kopi, ambil sisanya dan taburkan di sekitar ‘pintu masuk’ semut ke rumah kita serta kawasan yang cenderung menarik serangga itu. Gantikannya setelah ia kering.

Tiada siapa menginginkan semut di rumah. Banyak produk nyahkan semut secara komersial dengan bahan kimia yang berbahaya bagi alam sekitar dan kesihatan manusia. Cubalah kaedah semula jadi jika sesuai!

Selamat mencuba! -AG