Abah KJ bakal tampil imej terbaharu selepas trending?

Abah KJ bakal tampil imej terbaharu selepas trending?
Abah KJ bakal tampil imej terbaharu selepas trending?
A
A
A

KELMARIN, Perdana Menteri Malaysia kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan barisan kabinet baharu bagi Perikatan Nasional yang diberi mandat untuk menerajui dan mencorak pentadbiran negara pada masa akan datang.

Beberapa nama yang tidak asing lagi dalam kalangan dunia politik negara dilihat kembali mengambil kedudukan masing-masing selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan baru-baru ini.

Paling mendapat perhatian dan menjadi bahan bualan rakyat Malaysia apabila Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, kembali menganggotai Kabinet Persekutuan yang dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Sementara Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim, dinamakan sebagai timbalannya.

Khairy atau juga dikenali sebagai KJ sering kali digelar sebagai ‘Abah’ oleh warganet suatu ketika dahulu sewaktu menyandang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Selain lasak dan berpandangan jauh ke hadapan KJ juga terkenal sebagai menteri kabinet yang lantang dan semasa menjadi pembangkang juga beliau membuatkan barisan menteri sering terkesima dengan cara beliau menyampaikan hujah di parlimen.

Menteri kabinet yang ‘tall, dark and handsome’ itu juga semalam menjadi trending di media sosial dan khususnya dengan kapsyen ‘Abah kembali’ yang dikongsi oleh netizen.

Menantu kepada mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi itu juga telah berkongsi dua gambar di ruangan Instagram story, satu berambut panjang dan satu lagi setelah dikemaskan.

Apakah maksudnya itu? Adalah ‘Abah’ dah bersedia untuk tampil dengan imej terbaharu? Sama-sama kita nantikan wajah terbaharu Abah.

Tunggu…

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca