Ajak orang ramai kurang guna plastik, pupuk amalan beli-belah secara mampan

HASRAT untuk mengurangkan pembaziran serta pembuangan sisa sampah telah mendorong syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, Alam Flora Sdn Bhd (AFSB) memulakan inisiatif mengagihkan bubur lambuk menggunakan bekas kitar semula.

Agihan melibatkan 1,500 pek juadah kepada orang ramai itu dilaksanakan sempena Program Kongsi Rezeki Bubur Lambuk 2024 yang diadakan di Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (DTRC), AEON Wangsa Maju, Kuala Lumpur, di sini pada Jumaat.

Adam Saffian

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Adam Saffian Ghazali, inisiatif itu merupakan langkah kecil yang diambil oleh AFSB yang mana ia bukan sahaja mahu menggalakkan orang ramai mengurangkan penggunaan plastik, tetapi diharap mampu memupuk amalan membeli-belah yang lebih lestari untuk manfaat alam sekitar pada masa depan.

“Secara puratanya, orang ramai menggunakan tiga beg plastikketika membeli juadah berbuka puasa selama sebulan di dalam bulan Ramadan.

Sekiranya orang ramai boleh menggantikannya dengan bekas makanan kitar semula, ini bermakna mereka telah mengurangkan sebanyak 90 beg plastik dan pek polisterin dibuang ke tapak pelupusan,” katanya  kepada semasa Program Kongsi Rezeki Bubur Lambuk 2024, di sini.

Hadir sama dalam program itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa yang turut mengagihkan bubur lambuk berkenaan kepada orang ramai yang menghantar barangan mereka untuk dikitar semula di DTRC.

Pada masa sama, Zaliha turut meluangkan masa melawat DTRC yang mula beroperasi di pusat membeli-belah itu pada September tahun lalu.

baca juga: Meriahnya lauk buka puasa, 5 destinasi bazar Ramadan ini paling havoc & bikin ramai rambang mata

Mengulas lanjut mengenai Program Kongsi Rezeki Bubur Lambuk 2024, Adam Saffian memberitahu, pengagihan bubur lambuk berkenaan merupakan ini antara usaha pihaknya mengimarahkan Ramadan dengan amalan bersedekah serta mengeratkan silaturahim dengan berkongsi rezeki yang ada.

Kitar semula di DTRC

Pusat Kitar Semua Pandu Lalu itu merupakan inisiatif AFSB berkonsepkan mesra pengguna yang memudahkan orang ramai menghantar sisa kitar semula yang telah diasingkan.

Pusat tersebut menerima barangan untuk dikitar semua seperti kotak, majalah, surat khabar, kertas, kotak minuman, minyak terpakai, plastik, tin, besi, aluminium dan kaca.

Di samping membudayakan amalan kitar semula di kalangan masyarakat, inisiatif seumpama itu membantu mencapai sasaran Kadar Kitar Semula Kebangsaan kepada 40 peratus menjelang 2025.

Baca juga: Kempen Cintai Pulau Tioman kutip 440kg sampah, tanam semula 120 serpihan karang

Dalam pada itu, Adam Saffian turut menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan jimat cermat dalam berbelanja.

“Para peniaga pula kita harap makanan yang tidak habis dijual dapat dikongsikan dengan golongan yang memerlukan sekalgus mengurangkan pembaziran,” ujarnya.

Iklan

Perkhidmatan sempena Aidilfitri

Dalam perkembangan lain, Adam Saffian memaklumkan, AFSB memberi jaminan perkhidmatan kutipan sampah dan pembersihan akan berjalan seperti biasa sempena Aidilfitri ini.

Oleh yang demikian, orang ramai tidak perlu bimbang mengenai kebersihan kawasan mereka.

“Kita (AFSB) akan beroperasi seperti biasa. Bagaimanapun, kita harap kerjasama orang ramai supaya melaksanakan amalan kitar semula dengan mengasingkan sampah dan sisa bagi memudahkan kerja-kerja kutipan,” ujarnya.

Reaksi orang ramai:

Iklan

“Program yang dianjurkan AFSB sangat bagus kerana bekas yang diberi boleh
digunakan berulang kali. Setakat ini, saya belum pernah membawa bekas sendiri
ketika membeli makanan di bazar Ramadan tetapi saya selalunya membawa beg
kitar semula.”
– Hafizudin Nordin, 39, Pengurus Jualan AEON BiG

 

“Saya sendiri ada membawa bekas sendiri ketika membeli makanan bagi
mengurangkan penggunaan plastik. Selain itu, saya juga memilih untuk
menggunakan beg kitar semula jika pergi membeli barang di pasar raya.”
– Izyan Razak, 23, Pekerja swasta

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!