Akibat bosan di rumah, Ronaldo beli Bugatti Centodieci berharga RM46 juta

Akibat bosan di rumah, Ronaldo beli Bugatti Centodieci berharga RM46 juta
Akibat bosan di rumah, Ronaldo beli Bugatti Centodieci berharga RM46 juta
A
A
A

SEPERTI di Malaysia, kerajaan mengenakan Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bagi mengekang penularan ganas wabak Covid-19 yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat.

Sepanjang PKP ini dilaksanakan, sebagai warganegara taat, kita dikehendaki mematuhi arahan duduk di rumah dan mengurangkan semaksimum mungkin aktiviti di luar.

Sama seperti negara-negara lain termasuk di Eropah yang mana orang ramai juga dikenakan ‘Perintah Berkurung’ sebagai langkah penjarakan sosial supaya wabak tidak merebak.

Sepanjang tempoh berkurung, pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh orang ramai seperti menghabiskan masa menonton televisyen, karaoke, membuat senaman ringan dan ada juga yang mengambil kangkah untuk tidur bagi merehatkan badan yang penah bekerja kuat sebelum ini.

Selain itu, lain pula kisahnya terhadap Penyerang pasukan Juventus, Cristiano Ronaldo yang dilapor menghabiskan masa terluang semasa tempoh arahan kawalan pergerakan dengan membeli sebuah kereta edisi terhad Bugatti.

Memetik laporan dari portal permotoran tempatan, Mekanika, Bugatti Centodieci yang hanya 10 unit dihasilkan di seluruh dunia itu berharga £8.5 juta (RM46 juta). Jentera itu dijadual diserahkan pada tahun 2021.

Dengan pembelian itu, Ronaldo dilihat menambah lagi koleksi kereta mewahnya. Dia merupakan antara pelanggan tetap Bugatti.

Akibat bosan di rumah, Ronaldo beli Bugatti Centodieci berharga RM46 juta Bugatti Centodieci yang hanya 10 unit dihasilkan di seluruh dunia itu berharga £8.5 juta (RM46 juta).

Di garajnya kini sudah dipenuhi dengan Bugatti Chiron dan Bugatti Veyron Grand Sport Vitesse berharga AS$18 juta (RM78 juta) yang dibelinya tahun lalu.

Selain Bugatti, pemain bola sepak dunia itu juga memiliki Ferrari F430, Rolls-Royce Phantom, Lamborghini Aventador, Maserati GranCabrio, Bentley Continental GTC dan McLaren Senna.

Ketika menyambut ulang tahun ke-35 Februari lalu, pasanganya Georgina Rodriguez membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah Mercedes G Wagon berharga £600,000 (RM3.2 juta).

Akibat bosan di rumah, Ronaldo beli Bugatti Centodieci berharga RM46 juta Jentera liar ini mampu memecut daripada 0-100km/j dalam masa hanya 2.4 saat dengan kelajuan maksimum 236 batu sejam (mph).

Pengeluar kereta dari Perancis itu terkenal dengan penghasilan jentera mewah berprestasi tinggi. Centodieci direka sebagai tribute kepada model Bugatti EB110.

Supercar itu dikuasakan oleh enjin W16 V8 dan mampu memecut daripada 0-100km/j dalam masa hanya 2.4 saat dengan kelajuan maksimum 236 batu sejam (mph).

Dasyat impaknya kalau dah duit bukan penghalang. Bosan-bosan boleh beli kereta! Anda kalau bosan beli apa? #stayathome

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca