Aktiviti penggambaran semua syarikat produksi kawasan PKP tidak dibenarkan - Finas
PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 untuk tempoh 14 hari bermula pada 13 - 26 Januari 2021 telah diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Muhyiddin Mohd Yassin semalam.
Setelah itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) turut merujuk kepada Perutusan Khas tersebut.
Dalam satu kenyataan, Finas juga mengambil maklum bahawa sektor industri kreatif tidak tersenarai sebagai sektor ekonomi yang dibenarkan dalam tempoh PKP buat masa ini seperti yang telah diperincikan oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Menurutnya, sehubungan itu, Finas ingin memaklumkan kepada semua syarikat produksi bahawa aktiviti penggambaran adalah;
1. Tidak dibenarkan di kawasan yang dikuatkuasakan PKP iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.2. Aktiviti penggambaran boleh diteruskan seperti biasa dengan syarat perlu mematuhi semua garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) meliputi protokol pencegahan penyakit dan sekatan, saringan kesihatan, pembersihan dan nyah kuman premis, penjarakan fizikal dan tatacara keselamatan pekerja serta tindak balas kecemasan di kawasan;
- PKPB iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
- PKPP iaitu Perlis dan Sarawak
Katanya, Finas akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa melalui medium hebahan media dan laman sesawang Finas serta media sosial rasmi Facebook, lnstagram dan Twitter @FINASMalaysia.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan Unit Komunikasi Korporat Finas di talian 03-7968 2182.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang