Aktiviti ziarah cetus kluster perayaan. Masih ada yang degil, ingkar SOP

raya beza (1)
raya beza (1)
A
A
A

SITUASI peningkatan kes dan kematian yang dilaporkan bagi kluster perayaan baru-baru ini amat membimbangkan.

Walhal, umum mengetahui kerajaan melarang sebarang aktiviti menziarah dan merentas daerah serta negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Situasi itu secara tidak langsung melambangkan sikap tidak acuh masyarakat pada arahan ditetapkan.

Jika terus leka dan mengambil ringan pada larangan menziarah, maka tidak mustahil kes jangkitan Covid-19 akan meningkat secara mendadak.

Buktinya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bagi tempoh 13 Mei hingga 10 Jun 2021 sebanyak 60 kluster perayaan direkodkan di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan.

Ia berpunca daripada sambutan Hari Raya Aidilfitri sebanyak 58 kluster dan Hari Gawai (dua kluster).

Sebanyak 13,023 individu telah disaring dalam kluster tersebut yang mana terdapat 3,511 kes Covid-19 telah dikenalpasti seterusnya menjadikan kadar positif adalah sebanyak 27.0 peratus.

Daripada jumlah 3,511 kes tersebut, 20 kematian telah dilaporkan. Sehingga kini 11 kes masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Negeri-negeri yang mencatatkan bilangan kluster perayaan yang tertinggi ilah Sabah dengan 11 kluster (18.3 peratus), Sarawak dengan lapan (kluster (13.3 peratus) dan Kedah dengan 7 kluster (11.7 peratus).

Sampai bila kita ingin melihat situasi seumpama ini berterusan? Gara-gara tindakan tidak bertanggungjawab melakukan aktiviti menziarah pada musim perayaan.

Kita seharusnya berganding bahu melindungi golongan berisiko khususnya warga emas, kanak-kanak dan pesakit kronik daripada terdedah jangkitan virus jahat itu. Jangan pentingkan diri!

syurga perabot shopping raya

Baca juga Covid-19: Virus boleh merebak melalui udara. Berikut 6 perkara penting yang wajib kita tahu

Contohi negara-negara jiran yang berjaya mengawal situasi pandemik Covid-19 dengan baik.

Mereka membuktikan kerjasama semua pihak dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) digariskan mampu mengawal penularan sedikit demi sedikit.

Justeru, jika tiada keperluan, maka kekal berada di rumah. Pada masa sama, ambil tanggungjawab daftar suntikan vaksin Covid-19 bagi mencapai imuniti kelompok untuk kesejahteraan bersama.

Sumber: Noor Hisham Abdullah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca