ALHAMDULILLAH satu berita yang gembira apabila Kerajaan Arab Saudi meluluskan sebanyak 31,600 kuota haji jemaah Malaysia bagi 1444H/2023M berbanding 14,306 kuota tahun lalu.

Maka besarlah peluang untuk ayah, ibu, saudara mara kita untuk menunaikan haji pada tahun ini.

Pada tahun lalu, Kerajaan Arab Saudi meluluskan 14,306 kuota haji Malaysia iaitu 45 peratus daripada kuota tahunan yang biasa diterima dan terpakai kepada semua negara.

Jemaah haji yang dibenarkan pula adalah berusia 65 tahun ke bawah, tiada penyakit kronik, mempunyai sijil vaksinasi Covid-19 dan perlu mengemukakan keputusan negatif ujian calitan (PCR) dalam tempoh 72 jam daripada masa berlepas.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar, berikut 5 info berkaitan;

1. Kelulusan itu diberikan Menteri Haji dan Umrah, Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabia ketika beliau menghadiri mesyuarat bersempena Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 yang dianjurkan Kerajaan Arab Saudi, semalam.

2. Mesyuarat khas itu berlangsung dengan penuh mahabbah (taqwa, keadilan, kejujuran, amanah dan bertanggungjawab) khususnya bagi membincangkan aspek persiapan musim haji tahun ini.

Baca juga Jangan percaya berita tular tawaran haji 2023, 5 info perlu diketahui

Gambar fail.

3. Pada mesyuarat itu, Dr Tawfiq Fawzan juga memuji Malaysia khususnya Lembaga Tabung Haji (TH) atas pengendalian haji yang baik, sistematik dan tahap layanan jemaah haji yang perlu dijadikan contoh kepada pihak lain.

4. Justeru, Mohd Na’im tegaskan TH akan sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada bakal jemaah haji Malaysia dan akan mematuhi ketetapan diadakan Kerajaan Arab Saudi.

5. Bersyukur dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi atas kuota diberikan itu.

Iklan

Baca juga Wang simpanan dimakan anak-anai, impian keluarga ‘pak guard’ sekolah mahu tunaikan haji tak kesampaian

6. Yakin penilaian sudah dibuat oleh Kerajaan Arab Saudi dari semua aspek bagi memastikan keselamatan bakal jemaah haji dari seluruh dunia terjamin ketika menunaikan rukun Islam yang ke lima.

Dalam pada itu, mohonnya kepada semua umat Islam dapat bersama-sama berdoa kepada ALLAH SWT agar dipermudahkan perjalanan haji tahun ini serta mendoakan pihak TH dapat menguruskan jemaah haji Malaysia dengan baik dan lancar.

Iklan

Syukur kuota haji jemaah Malaysia dinaikkan semula. Semoga jemaah mendapat haji yang mabrur!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi