Jangan percaya berita tular tawaran haji 2023, 5 info perlu diketahui

Jemaah haji
Jemaah haji
A
A
A

JANGAN mudah percaya dengan berita tular, itu nasihat Lembaga Tabung Haji (TH) kepada orang ramai.

Ini lima informasi yang perlu diketahui;

  1. TH akan mengumumkan tarikh pengeluaran surat tawaran haji kepada bakal jemaah menerusi platform-platform komunikasi rasmi agensi itu.

2. Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman, setelah tarikh pengeluaran surat tawaran itu diumumkan, bakal haji Malaysia bagi musim haji 1444H/2023M boleh melayari www.thijari.com.my atau memuat naik aplikasi ThiJARI untuk menyemak dan menjawab tawaran haji telah dikeluarkan.

3. Beliau menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya dengan berita yang tular di media sosial tentang tarikh pengeluaran surat tawaran haji, rayuan haji, syarat kelayakan bakal haji dan juga kriteria pemeriksaan kesihatan.

Ujarnya, berita tidak sahih tersebut telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan TH menerima banyak pertanyaan mengenai hal tersebut.

4. Bakal jemaah haji Malaysia dinasihatkan untuk menunggu pengumuman rasmi status ibadah haji tahun depan daripada TH yang akan dimaklumkan sebaik sahaja jumlah kuota, kriteria pemilihan dan kaedah pelaksanaannya untuk musim haji telah diputuskan oleh kerajaan Arab Saudi.

Baca juga Antara 380 bakal jemaah haji terkandas di KLIA ditipu agensi, wanita kongsi pengalaman

Gambar fail.

5. TH sedang menganjurkan kursus asas haji selama 13 minggu bermula 25 November sehingga 17 Februari 2023 sebagai persediaan melengkapkan bakal haji dengan ilmu pengetahuan berkaitan ibadat haji serta mendapat gambaran suasana terkini di tanah suci.

Baca juga “Anugerah ALLAH yang maha agung buat kami…”- Nelydia Senrose, suami tunai haji

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh berhubung Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.

Jadi, bagi yang mempunyai ibu, ayah atau saudara mara yang sedang menunggu tawaran Haji 2023, tunggu pengumuman rasmi TH ya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca