“Alhamdulillah, jenazah isteri saya negatif covid19 “ - Ustaz MK Azman

Alhamdulillah jenazah isteri saya negatif covid19 setelah dua kali buat ujian.
Alhamdulillah jenazah isteri saya negatif covid19 setelah dua kali buat ujian.
A
A
A

USTAZAH Shadiya Abbas merupakan seorang pendakwah terkenal dan sentiasa aktif melakukan pelbagai program amal bersama suami tercinta.

Namun pemergiannya secara mengejut pada jam 5.05 pagi semalam benar-benar dirasai oleh ramai orang.

Menerusi perkongsian di Facebook suami arwah, Ustaz MK Azman, beliau memaklumkan jenazah arwah masih berada di Hospital Sungai BuIoh untuk beberapa prosedur sebelum ditentukan bagaimana dan di mana akan dikebumikan.

“Berat hati nak meninggalkan guru, teman, buah hati saya di hospital Sungai Buloh ni. Oleh kerana kematian musim covid, pihak hospital terpaksa buat ujian sama ada arwah buah hati saya positif atau tidak.

“Saya perlu tunggu 24 jam untuk dapatkan keputusan tersebut, bermakna esok pagi jenazah akan ditentukan bagaimana dan di mana akan dikebumikan.

“Jadi jenazah akan disimpan dahulu di Hospital Sungai Buloh. InsyaALLAH saya kuat kecuali jika anda call saya.

“Doakan ye sahabat-sahabat sekalian,” tulisnya.

Namun, beberapa jam yang lalu, hari ini, MK Azman telah memuat naik status terkini keputusan hasil ujian yang dilakukan pihak Hospital.

“Alhamdulillah jenazah isteri saya negatif covid19 setelah dua kali buat ujian. InsyaALLAH jenazah akan di bawa balik ke Masjid Puncak Alam untuk dimandikan, dikafankan dan disolatkan selepas solat Zohor.

“Disemadikan di Tanah Perkuburan Felda Bukit Cherakah Puncak Alam.

“Maaf jika saya katakan tuan/puan tak perlu hadir. Hanya doa yang kami pinta agar arwah diampunkan segala dosanya dan ditempatkan bersama para solihin.

“Pihak polis hanya membenarkan keluarga terdekat sahaja untuk uruskan jenazah. Digalakkan buat solat jenazah ghaib,” tulis MK Azman di laman Facebook miliknya.

Sementara itu, perkongsian yang dibuat MK Azman mendapat reaksi pelbagai pihak antaranya barisan selebriti, pendakwah dan selebriti tempatan yang menyampaikan ucapan takziah serta melahirkan rasa simpati.

Pemergian arwah pasti akan dirasai oleh ketiga-tiga anak arwah yang masih kecil dan pastinya belum puas bermanja kasih seorang ibu terutama anak bongsu arwah.

Rata-rata warganet turut bersedih dan terkesan dengan dakwah yang dikatakan dakwah hingga akhir hayat yang mana menerusi posting terakhir di Facebook Ustazah Shadiya, arwah sempat menulis entri dakwah dengan tajuk ‘Jangan Menghina, Jika Sayangkan ALLAH’

“Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..”

Salam takziah untuk seluruh ahli keluarga Ustazah Shadiya Abbas.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca